Lelaki Menangis (Video) “Sujud Syukur Dapat Jejak Tanah Air Selepas 2 Tahun Di Singapura”

Lelaki Menangis, Sujud Syukur Dapat Jejak Tanah Air Selepas Dua Tahun Di Singapura

Pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura telah memberi ruang kepada mereka yang terpisah untuk kembali bertemu dengan orang tersayang.

Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua yang sepi sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kembali ‘meriah’ dengan orang ramai yang pulang ke negara ini, tepat 12 tengah malam Jumaat.

Situasi hiba dan sayu menyelubungi perasaan rakyat negara ini yang pulang ke tanah air setelah terkandas selama dua tahun di Singapura.

Sujud syukur di simpang jalan

Antara yang tular, adalah reaksi seorang lelaki yang melakukan sujud syukur di simpang jalan raya Johor kerana terharu dapat bertemu kembali dengan keluarga tercinta.

“Alhamdulillah Ya Allah, dua tahun gais dua tahun tak balik. Allahuakbar, terima kasih Ya Allah,” kata lelaki dalam rakaman video tersebut.

Difahamkan, rakaman video lelaki tersebut dikongsikan oleh isterinya sebelum dimuat naik ke laman Tiktok Faiqa Roslyy.

Menurut wanita itu, suaminya tidak pulang ke kampung setelah PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020.

Dalam video berdurasi satu minit, lelaki tersebut dilihat menanggalkan topi keledar motosikalnya dan meletakkannya di atas jalan. Dia kemudian bersujud di jalan kerana rasa syukur yang tidak terhingga.

Lelaki itu terharu hingga menitiskan air matanya. Bagaimanapun, tindakannya itu tidak mengganggu penunggang motosikal lain yang melalui kawasan tersebut.

“Allahuakbar, Alhamdulillah, Terima kasih Allah,” katanya selepas bangkit berdiri dengan linangan air mata.

malaysia man johor praise god

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengalu-alukan kepulangan lelaki tersebut ke tanah air. Rata-ratanya mengakui tersentuh selepas menonton video tersebut.

Rakyat Singapura juga dilihat turut memberi komen positif dan menzahirkan kegembiraan kepada rakyat negara ini yang dapat pulang bertemu keluarga tercinta.

KLIK UNTUK VIDEO NYA

Sumber Dan Rujukan

Siakap Keli

Leave a Comment