Lelaki asal Jepun dipuji kerana tak berhenti buat solidarity untuk palestine semenjak 2 bulan lalu walaupun hanya seorang diri

Lelaki Jepun dipuji ramai tak berhenti nyatakan solidariti buat Palestin di depan premis yang diboikot sejak dua bulan lalu

Tidak seperti yang berlaku diawal konflik sebelum ini, demonstrasi tanda solidariti terhadap Palestin kini dilihat semakin sepi. Ramai yang menjangkakan masyarakat dunia seolah sudah mula melupakan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak zionis.

Bukan itu sahaja, kempen boikot terhadap produk yang menyumbang kepada kekejaman dalam konflik tersebut juga dilihat perlahan.

Namun begitu, usaha seorang lelaki di negara Jepun dipuji ramai kerana tidak berhenti menyatakan solidariti terhadap penduduk Gaza.

Menerusi satu perkongsian di jaringan X, lelaki tersebut dilihat mengangkat satu kad yang bertulis ‘Gencatan Senjata Gaza’ di hadapan restoran rangkaian makanan segera terkenal dan beberapa tempat yang dikunjungi ramai.

“Setiap masa dan ketika dia seorang diri sejak dua bulan lalu menyatakan solidariti terhadap Palestin. Ini adalah kemanusiaan,” tulisnya.

Dalam hantaran di Instagram lelaki ini, kelihatan beberapa gambar dan video yang merakamkan dia memakai baju berwarna hitam dan memakai topeng muka serta memegang kad solidariti Palestin di hadapan restoran-restoran dan butik terkenal yang tersenarai untuk diboikot.

Sumber: thereporterhttps://thereporter.my/lelaki-jepun-dipuji-ramai-tak-berhenti-nyatakan-solidariti-buat-palestin-di-depan-premis-yang-diboikot-sejak-dua-bulan-lalu/