Pernah tak dapat status barang anda berada di KLT Sorting Centre? Kebiasaan bagi orang yang membeli barang di Shopee yang mana seller menggunakan SPX Express sebagai courier, kemungkinan anda akan menerima status di tracking seperti “Your parcel has arrived at sorting facility: KLT sorting centre”. Hal ini berlaku kebiasaannya bagi pembeli yang berada di Negeri Terengganu dan Kelantan.
Jadi di mana sebenarnya KLT sorting centre ini?
Alamat KLT Sorting Centre Shopee Express, KLT diyakini bermaksud Kuala Terengganu, dan ia kemungkinan besar terletak di ibu negeri Terengganu Darul Iman. Namun, dengan tiada maklumat rasmi dari Shopee Express, kita hanya boleh merujuk kepada Google Maps dan media sosial untuk mencari maklumat mengenai tempat ini.
Setelah membuat carian di Google Maps, kami mendapati bahawa terdapat dua hub delivery Shopee Express, Kuala Terengganu Utara dan Kuala Terengganu Selatan. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menemui gudang besar yang dikatakan sebagai KLT Sorting Centre.
Sila perhatikan status penghantaran pada aplikasi Shopee anda. Jika masih terperangkap pada status “Parcel has arrived at sorting facility: KLT Sorting Centre”, ia sedang dalam proses penyortiran.
Biasanya, ia akan berubah menjadi “Parcel has departed from sorting facility” dalam masa 1 x 24 jam. Jika lebih lama, mungkin disebabkan oleh overload semasa promosi dan diskaun.
Kini, Shopee Express semakin popular kerana banyak penjual memilihnya sebagai pilihan penghantaran. Shopee Express menawarkan harga yang murah dan area coverage yang semakin luas.
Bagaimana Jika Parcel tersekat di KLT sorting centre?
Walaupun ianya jarang berlaku, namun jika melebihi satu malam saya yakin yang ianya kerana faktor sale yang dianjurkan pihak Shopee yang menyebabkan barang yang perlu dihantar oleh pihak courier ini melebihi kebiasaan. Jangan risau, parcel atau barang anda akan sampai cuma mungkin terkadang sedikit lewat.
Mengikut pengalaman saya, membeli di Shopee itu selamat, cuma terkadang ada barang yang dihantar tertukar atau ada defect, maka anda boleh negotiate dengan seller dan Shopee menjadi orang tengah. Jadi, kemungkinan boleh melalui proses Return/Refund atau sebaliknya. Tergantung keadaan dan budi bicara penjual dan pembeli itu sendiri.
Baiklah itu sahaja yang boleh saya kongsikan tentang maklumat dimana letaknya KLT sorting centre ini. Jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami kongsi jangan lupa untuk share website kami kepada keluarga dan sahabat handai anda juga. Sekian dari saya, terima kasih.
Baca Juga: DDR Sorting Centre : Maksudnya dan apa status barang
Sumber Dan Rujukan