Kita tunggu keputusan yang arif je ” Tapi Caprice dedah ‘chat’ remaja lelaki,Dakwa perbualan dengan PU Aazman”

Caprice dedah ‘chat’ remaja lelaki, dakwa perbualan dengan PU Azman

Penyanyi rap, Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa pendakwah selebriti PU Azman yang terbabit atas pertuduhan amang seksual.

Pendedahan itu dimuat naik Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi InstaStory semalam sebelum ditularkan oleh seorang pengguna laman Twitter @Ekax_.

Biar betul PU Azman?

Menerusi paparan skrin perbualan, remaja berusia 17 tahun itu dilihat menjawab beberapa soalan daripada individu berkenaan menerusi ‘Direct Message’ (DM) di laman Instagram.

Antara soalan ditanya adalah nombor telefon, tingkatan, bersikap nakal atau baik, status percintaan selain meminta mangsa melakukan ‘VC’ dipercayai panggilan video.

Mangsa baru?

Bagi mengelakkan tuduhan orang ramai kononnya sekadar edit atau suntingan semata-mata, Caprice meminta remaja tersebut melakukan semula ‘screenshot’ perbualan.

Remaja itu kemudian dilihat menekan akaun Instagram milik PU Azman sebelum membuka ruangan DM memaparkan perbualan mereka.

Video tidak menipu – Caprice

Meninjau komen di Twitter, rata-rata netizen tidak mempercayai perbualan itu dengan mengatakan ia mungkin disunting atau kemungkinan akaun Instagram PU Azman digodam.

Belum ada bukti kukuh, risau jatuh fitnah

Semalam, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Sumber Dan Rujukan

Instagram Caprice , Twitter @Ekax_ Via OMM

Leave a Comment