Khairul Aming Minta Meriahkan Lagi Konten Masakan (Video) “Ramai Berbakat,Jangan Di Kecam”

“Ramai berbakat, jangan disekat” – Khairul Aming minta meriahkan lagi konten masakan

Bukan hanya sepanjang 30 hari Ramadan, juadah disajikan selebriti masakan popular Khairul Aming turut menjadi panduan dan ikutan orang ramai ketika di bulan biasa lain.

Bagi pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu, dia tidak kisah jika terdapat banyak video seolah-olah ‘meniru’ konten dihasilkan sebaliknya saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, pemuda berusia 30 tahun itu menggesa lebih ramai golongan kreatif tampil mencipta konten sama bagi menaikkan lagi industri masakan di tanah air.

Ramai tag pasal ‘meniru’

Aku just nak cakap please please meriahkan lagi content industry kat Malaysia. kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ni,” tulisnya semalam.

Khairul Aming berkata, sebelum ini dia berbincang dengan golongan kreatif terdiri daripada pelbagai bidang untuk menghasilkan pelbagai konten hebat seperti negara lain yang masing-masing sudah maju dengan cara tersendiri.

Kita patut lakukan perkara sama!

Screenshot 2022 04 09 at 11.58.07 AM

Malah, pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga meminta netizen menghargai usaha individu lain dalam menghasilkan konten yang disifatkan bukan mudah untuk membuat satu video masakan sebelum menjadi tontonan ramai.

Harap tak berbangkit lagi isu ni

Screenshot 2022 04 09 at 11.59.34 AM

“Tahun ni dah makin ramai develop creative content, kat TikTok pun dah makin meriah. Keep up the momentum and network with each other. Negara kita ni banyak local talent, jangan kita sekat talent tu. Rugi nanti,” katanya lagi.

Rata-rata menyokong kenyataan selebriti masakan tersebut kerana setiap individu mempunyai ‘style’ masing-masing dalam menyampaikan konten termasuk cara penyediaaan, penggunaan bahan dan sebagainya.

Banyakkan sokong, kurangkan kecaman

Screenshot 2022 04 09 at 12.17.48 PM

Bermula dengan video ‘suka-suka’, siapa sangka Khairul Aming mencipta fenomena sendiri apabila jualan Sambal Nyet miliknya mencecah jutaan ringgit dalam tempoh setahun.

Sumber Dan Rujukan

OMM

Leave a Comment