Kepong Hub Shopee Express merupakan salah satu pusat pengumpulan dan penghantaran yang penting di kawasan Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Terletak di No.15, Jalan Bubut, Kepong Baru, pusat ini berperanan dalam memastikan proses penghantaran pakej kepada pelanggan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah.
Bagi pelanggan yang sering menggunakan Shopee untuk membeli-belah secara online, Pengetahuan anda tentang Kepong Hub adalah sangat penting, terutama jika bungkusan anda dihantar melalui Shopee Express.
Alamat dan Lokasi Kepong Hub Shopee Express
Kepong Hub terletak di No.15, Jalan Bubut, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Jika anda perlu mengambil parcel atau menyelesaikan isu penghantaran, anda boleh mengunjungi hub ini. Untuk memudahkan perjalanan, anda juga boleh menggunakan Google Maps dengan memasukkan alamat ini untuk mendapatkan panduan arah. >>> Lokasi Kepong Hub Di Google Maps
Nombor Telefon dan Email Kepong Hub Shopee Express
Jika anda memerlukan bantuan segera mengenai parcel anda, Boleh terus dihubungi di nombor dibawah ya:
- Telefon: 012-396 8440
- Email: kepong@posthub.com.my
- Facebook page kepong hub
Walaupun terdapat komen dari pengguna shopee bahawa hub ini kadang-kadang sukar dihubungi melalui telefon, maka hantar email adalah alternatif terbaik.
Waktu Operasi
Kepong Hub Shopee Express beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari 08:00 pagi hingga 07:00 petang. Anda boleh datang pada waktu operasi ini jika anda perlu mengambil parcel atau mendapatkan maklumat mengenai apa-apa kemuskilan.
Kepentingan Shopee Express Kepong Hub
Shopee Express Kepong Hub memainkan peranan penting dalam ekosistem penghantaran barangan Shopee di Malaysia.
Dengan ribuan penghantaran yang diproses setiap hari, hub ini merupakan salah satu pusat utama dalam memastikan parcel sampai tepat pada waktunya kepada pelanggan di kawasan sekitarnya. Oleh itu, jika parcel anda tersangkut di hub ini, sebaiknya periksa aplikasi Shopee anda untuk cek status penghantaran, sama ada parcel sedah dalam perjalanan atau masih berada didalam hub.
Cara Menyelesaikan Masalah Barang Tersekat
Jika parcel anda tersekat di Kepong Hub, berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda diambil:
Periksa Status Penghantaran di Aplikasi Shopee:
- Pastikan status parcel anda sama ada telah dihantar keluar atau masih berada didalam hub. Jika parcel anda masih didalam hub, mungkin terdapat sedikit kelewatan. tapi jangan risau barang tetap akan sampai, kena sedikit bersabar.
Hubungi Shopee Customer Service:
- Jika masalah anda berterusan, jangan ragu untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan Shopee. Mereka boleh membantu mengenal pasti punca kelewatan dan memberikan penyelesaian yang terbaik.
Kesimpulan
Kepong Hub adalah salah satu pusat penting dalam sistem penghantaran Shopee Express di Malaysia. Meskipun terdapat beberapa ulasan negatif daripada sesetengah pelangan, dengan pengurusan yang tepat dan lancar, masalah penghantaran boleh diselesaikan dengan cepat.
Bagi mereka yang berada di sekitar Kepong, parcel anda akan sampai dalam sekelip mata je.
Jika anda menghadapi sebarang masalah, jangan ragu untuk menghubungi hub ini atau perkhidmatan pelanggan Shopee untuk mendapatkan bantuan.
Baca Juga
- “Parcel Has Arrived at the Delivery Hub”: Apa yang Perlu Anda Ketahui
- KAJ First Mile Hub : Alamat Serta Maksud Dan Tindakan Yang Perlu Dilakukan
- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sorting Facility?
Sumber Dan Rujukan