Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi menggunakan Fleet Card Diesel dan syarat-syarat khas yang perlu anda patuhi.

Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi menggunakan Fleet Card Diesel

Berikut adalah antara jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi dengan menggunakan Fleet Card Diesel :

  • Lori rigit (curtain sider)
  • Lori katering makanan
  • Lori rigid (hasil pertanian)
  • Lori tangki rigid (minuman)
  • Lori rigid (kandang haiwan)
  • Semi (panel van)
  • Lori rigid (kombinasi)
  • Bas perkhidmatan bergerak
  • Lori rigid (open platform)
  • Van perkhidmatan bergerak
  • Bas katering makanan
  • Lori rigid (perkhidmatan bergerak)
  • Van katering makanan
  • Lori rigid (sampah)
  • Lori rigid (kargo am)
  • Lori rigid (luton/kotak)
  • Lori rigid (tangki air)
  • Lori rigid (refrigerated)
  • Lori rigid (tangki tepung)
  • Window van
  • Panel van
  • Lori rigid (minuman botol)

Syarat Kelayakan Untuk Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi

1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.

2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.

3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.

4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
  • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
  • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
  • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
  • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
  • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web : mysubsidi.kpdnhep.gov.my

6. Permohonan tambahan kuota : Borang SKDS-1

Bagi anda yang ingin membuat permohonan tambahan kouta, Borang SKDS-1 ini perlu diisi dengan lengkap dan kemudian hantarkan kepada alamat di bawah ini:

Cara Mohon Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi)