Kejam (Video) Anjing Meronta Atas Jalan Diseret Dari Dalam Kereta “Kini Individu Dalam Myvi Diburu Orang Ramai”

Kejam, tak waras! Anjing meronta atas jalan diseret dari dalam kereta, orang ramai buru individu dalam Myvi putih

RAKAMAN tular memaparkan seekor anjing yang diseret dari sebuah kereta Perodua Myvi ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi kejadian yang dipercayai berlaku di Skudai, Johor itu, seorang individu dilihat mengeluarkan tangannya dari bahagian tingkap kereta sambil menyeret anjing tersebut di atas jalan raya.

Lebih pilu, anjing tersebut kelihatan meronta-ronta apabila lehernya terjerut dengan tali berkenaan sambil kakinya cuba mengejar kelajuan kereta.

1544931
Rakaman yang tular di Facebook dan Twitter.

“Orang jenis ini patut dapat hukuman maksimum. Viral sampai dapat. Jalan Emas 16 Taman Sri Skudai MyVi JMV9157,” tulis seorang individu yang memuat naik video tersebut.

Video dan maklumat mengenai kejadian itu dikongsi individu berkenaan menerusi grup Facebook JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report.

Menurut pengadu, video tersebut dirakam oleh ahli keluarganya ketika sedang berada di dalam sebuah Grab, yang berada di belakang Myvi putih berkenaan.

“Saudara saya rakam video ini masa naik Grab. Mereka berjaya menghentikannya. Tapi dia turun dari kereta, lepaskan anjing dan memecut laju. Jiran-jiran datang keluar untuk tengok anjing.

1544941 1
Kejadian didakwa berlaku di Jalan Emas 16 Taman Sri Skudai.

“Minta maaf, tiada alamat rumah. Yang saya ingat hanya Jalan Emas 16. Polis sudah dihubungi dan mereka akan hantar pasukan untuk siasat,” tulis individu itu lagi.

Rakaman itu turut dikongsi menerusi laman Twitter Jabatan Netizen Malaysia sehingga meraih hampir 100,000 tontonan.

Selain berang dengan tindakan individu dalam Myvi berkenaan, ramai yang turut menzahirkan rasa pilu atas nasib malang anjing tersebut.

1544941
Kejadian didakwa berlaku di Jalan Emas 16 Taman Sri Skudai.

“Manusia apa macam ni tak ada hati perut dengan binatang?

“Tolong cari dia sampai dapat. nombor plat pun nampak. Kesiannya anjing tu.

“Aku syak mental ni, sebab kalau waras tak buat macam ni.

“Wey sampai sakit kakinya dia heret,” tulis beberapa netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Leave a Comment