‘Blackout’, Bangunan Bergoyang Dan Kematian (Video) Keadaan Jepun Akibat Digegar Gempa Kuat 7.3

‘Blackout’, Bangunan Bergoyang & Kematian, Keadaan Jepun Akibat Digegar Gempa Kuat 7.3

Satu gempa bumi kuat 7.3 skala ritcher melanda timur laut Jepun pada malam 16 Mac 2022. Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.36 malam (waktu tempatan).

Gempa bumi kuat itu telah mengegarkan beberapa kawasan di Jepun. Susulan daripada kejadian, dua orang maut dan sekurang-kurangnya 90 cedera, lapor BBC.

Kebanyakan mangsa yang cedera dan dua mangsa terkorban akibat gempa itu berada di bandar Soma, Fukushima.

siakap keli thumbnail 2022 03 17T094051.372

Sejurus kejadian, agensi Jepun mengeluarkan amaran untuk gemlombang tsunami setinggi satu meter (3.3 kaki) di bahagian kawasan pantai timur laut namun begitu, laporan mengenai tsunami telah ditarik balik.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu pemberita bahawa kerajaan akan cuba menilai tahap kerosakan yang berlaku.

Gempa bumi kuat ini juga menyebabkan bekalan elektrik terputus menjejaskan lebih dua juta kediaman buat sementara waktu. Bukan itu sahaja, gempa tersebut telah membuatkan bangunan di bandar Tokyo bergegar.

Orang ramai turut berkongsi detik cemas semasa kejadian gempa bumi kuat itu berlaku. Paling menggerunkan, bangunan-bangunan tinggi di bandar Tokyo turut bergegar menyebabkan penduduk berasa bimbang dan dalam ketakutan.

“Gegaran yang sangat ganas, saya mendengar tanah bergegar,” pegawai bandar kongsi cerita detik cemas semasa kejadian gempa berlaku.

Pegawai ini turut menceritakan pengalaman yang sama dia rasai pada 11 tahun lalu dan hari ini dia berasa takut dan bimbang jika kejadian ini akan berlaku seperti dulu di mana ia mencetuskan tsunami dan memusnahkan loji nuklear Fukushima sehingga menyebabkan kebocoran radiasi dari loji berkenaan.

KLIK UNTUK VIDEO

Kejadian gempa bumi sekuat 7.3 skala ritcher ini pernah berlaku sekitar 11 tahun lalu sehingga mencetuskan bencana nuklear di Fukushima.

Bagaimanapun kali ini, pihak berkuasa nuklear berkata tidak berlaku sebarang kebocoran dan kerosakan dikesan selepas gempa bumi kuat di Fukushima.

Sumber Dan Rujukan

Siakap Keli

Leave a Comment