Membawa Seribu Makna “Kalau Aku Tiba-Tiba Mati,Tolong Jaga Nina Dan Musa Untuk Aku” ‘Aku Mohon’

โ€œKalau aku tiba2 mati, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohonโ€

Khabar gembira dari pasangan Mizz Nina dan Noh Salleh tempoh hari sememangnya membuatkan ramai tumpang bahagia.

Menerusi Instagram Nina, mereka mengesahkan kehadirian seorang cahaya mata lelaki yang bernama Musa dalam kehidupan mereka.

Selebriti dan aktivis kemanusiaan itu juga mengakui yang Musa telahpun menjadi mahramnya.

Noh sambut ulang tahun yang ke-37

Bertepatan dengan 15 Mac 2022, Noh Salleh yang juga merupakan vokalis band Hujan telah menyambut ulang tahun yang ke-37. Ucapan dari isteri tercinta sudah tentu mahukan suaminya sentiasa berada dalam jagaan Maha Pencipta dan terus dikurniakan kebahagian di dunia serta di akhirat.

Namun begitu, penulisan Noh Salleh di ruangan Instagramnya sedikit mengundang sebak apabila memikirkan umurnya yang kian bertambah.

Bertambah usia, lebih banyak fikir tentang kematian

Dengan status sebagai seorang bapa ketika ini, dia merasakan kehidupannya kini lebih memikirkan soal kematian.

Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana dikelilingi orang-orang baik dan berharap kehadirannya di dunia ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain berbanding kehancuran.

officialmizznina 209209709 1437812469912790 8622670062050739655 n 768x960 1

Dia juga memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan dan kesalahan kepada orang lain kerana sedar dirinya tidaklah sempurna namun tetap berusaha menjadi lebih baik.

Minta jaga Nina dan Musa andai dirinya sudah tiada

Paling menyentuh hati ramai peminatnya sudah tentu pesanan ringkas supaya menjaga isterinya serta anak mereka, Musa andai dia tiba-tiba โ€˜pergiโ€™ dalam masa terdekat ini.

Pasangan yang sentiasa memberikan inspirasi

Nukilan tersebut pastinya membuatkan ramai sebak kerana jarang melihat Noh menulis panjang lebar seperti itu.

Lebih membuatkan ulang tahun kelahirannya istimewa pada kali ini sudah tentu kehadiran cahaya mata yang sudah 11 tahun dinantinya dengan pelbagai cabaran serta usaha gigih.

Selamat ulang tahun Noh Salleh!

Sumber Dan Rujukan

Oh My Media

Leave a Comment