Kali Ini Iqbal Letak Syarat Nak Cari Yang Lebih Berusia ‘Untuk Elakan Daripada Digoda Pembantu Rumah’

Pernah digoda pembantu rumah, kali ini Iqbal letak syarat nak cari yang lebih berusia!

USAHAWAN sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli berkongsi pengalaman buruk apabila dirinya pernah menjadi mangsa godaan pembantu rumah wanita.

Menurut Iqbal,27, perkara tersebut telah terjadi beberapa kali sehingga membuatkan arwah ibunya tidak senang akan keadaan tersebut.

“Ini privasi untuk saya ceritakan lebih. Namun, kali ini, saya tidak dapat bertahan dek kesibukan saya yang terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.

“Untuk elakkan ada isu gangguan, saya terpaksa ambil pembantu yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan.

“Selain itu, risiko kes pembantu lari mencari lelaki sedikit kurang jika saya ambil yang lebih berusia,” ujarnya dalam sebuah hantaran di laman Instagram, semalam.

Tambahnya, dia memerlukan tiga orang pembantu rumah disebabkan memerlukan kemahiran berbeza.

“Ada yang saya akan fokus untuk masakan, ada yang kebersihan, pakaian dan ada pembantu perlu ikut saya keluar. Untuk kucing, saya perlukan seorang penjaga khas supaya membesar dengan baik.

“Selama saya bela kucing, kucing saya perlu dihidangkan daging empat kali sehari. Mahu lihat mereka membesar dengan baik.

“Lagipun kerja pembantu rumah akan penat. Saya tidak mahu pembantu merasa terlalu beban. Kesibukan saya tidak sama seperti orang lain. Terlalu sibuk,” katanya lagi..

Dalam pada itu, pelantun lagu Hujan ini turut memaklumkan kriteria pembantu rumahnya mestilah seorang wanita dan warganegara Indonesia sahaja.

“Saya menganggap kerja rumah majoriti lebih teliti jika perempuan bekerja. Contohnya perempuan ada kepintaran memasak, basuh pakaian dan mengemas pada waktu yang sama.

“Tidak terlintas di fikiran untuk bersikap rasis. Cuma orang Indonesia lebih sanggup kerja kerana ada sebahagian yang benar-benar susah. Mereka terbiasa kerja keras. Saya tidak sampai hati minta orang yang kita kenal basuh jamban, tandas begini.

“Sebab lain, jika orang Indonesia tanpa komitmen lain kerana mereka tiada saudara di sini untuk dikisahkan. Jika ambil orang Malaysia, setiap musim perayaan akan cuti, kemudian jika merajuk akan pulang ke kampung halaman,” katanya.

Sumber Dan Rujukan

Utusan TV

Leave a Comment