Kakak Terharu Adik 16 Tahun Jadi Wali “Dia Takut ,Tapi Bangkit Demi Kaka Nya”

Adik Ku Wali Ku

Kehidupannya diuji dengan pemergian bapa tersayang pada Jun lalu. Tidak membiarkan diri terus berada dalam keadaan suram, seorang wanita Asyiqin Mat Nadi bersyukur dikurniakan ahli keluarga yang penuh dengan kasih sayang.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok semalam, wanita berusia 23 tahun itu meluahkan rasa terharu apabila dia dinikahkan oleh adik lelakinya yang berusia 16 tahun pada 19 Oktober lalu.

Adikku waliku

Tiktok Video

Menurut Asyiqin atau mesra dipanggil Eqin, adiknya itu menggalas tanggungjawab ditinggalkan arwah bapa sekali gus bertindak menjadi wali dan menyempurnakan majlis pernikahannya bersama suami tercinta.

“Semua anak perempuan pasti ingin diwalikan oleh ayah. Tapi Allah SWT lebih menyayangi papa tiga bulan sebelum kahwin. Alhamdulillah urusanku dipermudahkan.. seorang adik lelaki walikan kakaknya.

248382134 260965592645307 875081395776947639 n

“Sehari sebelum kahwin, tak payah cakap la gugup dia tu. Macam dia pula nak kahwin. Sebab dia faham tanggungjawab besar, tanpa dia semua takkan berjalan lancar.

“Tapi demi seorang kakak, dia bangkit. Terima kasih kerana sudi jadi wali untukku. Semoga Allah SWT merahmatimu selalu wahai adikku,” tulis Eqin dalam video tersebut.

Rakaman video berdurasi 31 saat berkenaan memaparkan adiknya sibuk menguruskan dokumen perkahwinan sebelum ditandatangani oleh wanita yang menetap di Kota Bharu, Kelantan itu duduk di atas pelamin.

Selain meraih hampir 223,000 tontonan, video itu juga dipenuhi ratusan komen positif netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak selepas melihat momen tersebut.

Screenshot 2021 11 09 at 11.10.23 AM

Bagaimanapun, segelintir individu tidak lupa mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga serta hubungan antara ahli keluarga tetap utuh selamanya.

Sumber Dan Rujukan

Tiktok

Oh My Media

Leave a Comment