Kahwin Paksa Hingga Ada 7 Cucu, Wanita Pilu Tak Pernah Rasa Cinta Pada Suami

Berbeza dengan generasi muda sekarang, orang zaman dahulu majoritinya hanya akur jika dijodohkan dengan seseorang yang diaturkan oleh kedua-dua orang tua mereka. Kata mereka, rasa cinta itu akan hadir dengan sendiri sesudah melayari alam rumah tangga walaupun tidak pernah bercinta dari awal.

Menikah kerana dijodohkan orang tua…Sehingga tua masih tiada rasa cinta…Cucu ada 7 orang

Namun bagi seorang wanita bernama Puan Seri ini, kisah hidupnya nyata jauh berbeza daripada apa yang dibayangkan. Berdasarkan klip sebuah rancangan televisyen, Puan Seri mendedahkan tentang bagaimana dia terpaksa bernikah dengan suaminya atas aturan keluarga.

kisahdunia.com 1709179818309255.jpg
Kredit Foto : MNCTV

Maafkan saya ya, bang…Selama ini, saya melayan awak setengah hati…Moga Allah beri kita syurga

Meskipun sempat menolak aturan tersebut itu, dia akhirnya mengalah mengenangkan tahap kesihatan ibunya yang tidak berapa bagus ketika itu. Puluhan tahun bergelar isteri, keluarga Puan Seri semakin membesar sama seperti kehidupan normal pasangan lain umumnya. Namun rupa-rupanya, selama ini dia jalani bahtera perkahwinan itu tanpa sekelumit rasa cinta terhadap suaminya sendiri.

Advertisements
kisahdunia.com 1709179820888065.jpg
Kredit Foto : MNCTV

Batin anda tak diterima dijodohkan, kerana itulah anda memberontak…Suami anda kurang apa?

Kegagalannya untuk menerbitkan rasa cinta dan sayang terhadap suami jelas membuatkan jiwanya dibebani dilema besar. Namun begitu, panel pendakwah kemudiannya menyarankan agar Puan Seri banyakkan berdoa pada Allah dan berdamai dengan takdir bahawa suaminya adalah jodoh terbaik yang ditetapkan keluarga.

kisahdunia.com 170917982291558.jpg
Kredit Foto : MNCTV

KREDIT : TikTok MNCTV

Advertisements