Juara Panah Berkuda Wanita Kebangaan Malaysia Yang Pernah Didokumentasikan Dalam History Channel Asia

Perjalanan kisahnya sebagai atlet pemanah berkuda pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia menjadikan, Erina Emelina Ismail, 27, antara yang dikenali dalam sukan berkenaan.

Sungguh terpukau dengan ketangkasan wanita bertudung dari Malaysia ini yang mahir menggunakan panah sambil menunggang kuda sehingga dinobatkan dengan beberapa anugerah antarabangsa. Sesungguhnya kami bangga dengan pencapaian anda.

emerismail 1604366798922 03 28 486019 1024x682 1

Selain itu, pingat gangsa yang diperoleh untuk acara Masahee iaitu acara berpasukan dengan dua lagi pemanah dijulang di World Martial Arts Mastership, Korea Selatan pada tahun sama.

Empat tahun berkecimpung dalam sukan memanah berkuda, pencapaiannya tidak diragui lagi apatah lagi pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan buat julung kalinya diadakan pada 2016.

“Kalau ditanya bagaimana bermula, jujurnya, saya tak pernah terfikir menjadi seorang pemanah berkuda. Peluang ini datang tanpa diduga.

emerismail 1604366918881 03 16 008203

“Awalnya, saya terbabit secara tidak serius dengan dua sukan ini, memanah dan berkuda. Waktu itu ketika masih kuliah. Apabila dapat tahu berkenaan pemanah berkuda iaitu kombinasi dua sukan ini, saya rasa ia sesuatu yang unik.

Erina Emelina pada mulanya berkenalan dengan beberapa pemanah berkuda Malaysia. Dia kemudian melanjutkan latihan dengan jurulatih ekuestrian, Sarjan Marshal Ajail dari Pusat Ekuestrian Angkatan Tentera Malaysia hingga ke hari ini.

“Tapi waktu itu di universiti saya tak ada tempat latihan untuk sukan ini. Jadi saya mula ketika kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat belajar,”

emerismail 1604366945507 03 16 017425 859x1024 1

katanya yang juga bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota.

Menceritakan serba sedikit perjalanannya sebagai atlet, dia pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Poland, namun pengalaman itu sedikit berbeza kerana perjalanan solo tanpa membabitkan ahli pasukan lain.

Dalam usaha mengukuhkan teknik dan kemahiran, Erina Emelina yang berstatus pemanah berkuda wanita negara kini berada di bawah naungan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.

“Bagi mendapatkan kemahiran, ia memerlukan latihan mantap dan berterusan. Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu,”

katanya yang menjadikan pemanah berkuda wanita terbaik dunia, Ana Sokolska dari Poland sebagai idolanya.

“Kalau dilihat, sukan ini adalah gabungan kemahiran menunggang kuda dan memanah. Untuk memanah dengan tepat pada sasaran, secara pantas sambil harus mengawal imbangan badan di atas kuda, peka keadaan sekeliling dan kombinasi semua itu adalah cabaran bagi saya.

Malah Erina Emelina turut berkongsi tip mencipta keserasian dengan kuda ditunggang. Katanya, dapatkan serba sedikit maklumat dengan pemilik atau pelatih kuda berkenaan karakter haiwan terbabit. Keserasian dicari dengan cara sentuhan, memahami pergerakan dan perangai kuda. Justeru dari situ, kepercayaan boleh dibentuk.

“Sedikit tip untuk yang berminat, tak perlu tergesa-gesa dan tiada jalan pintas untuk jadi seorang pemanah berkuda terbaik serta berkemahiran tinggi. Ambil seberapa banyak masa untuk berlatih dan perbaiki kemahiran memanah berkuda.

299466 03 02 843854

“Semangat dan konsisten perlu ada. Sukan ini sangat mencabar mental dan fizikal. Seorang pemanah berkuda perlu mempunyai asas yang bagus sebelum menggabungkan kedua-duanya. Hal ini boleh dicapai dengan cara berlatih dengan jurulatih bertauliah,” katanya.

VIDEO:

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber Dan Rujukan

Leave a Comment