“Jenazah Allahyarham Tun Ahmad Sarji” Selamat Dike’bumikan Al-Fatihah.

Al-Fatihah.

Kuala Lumpur: Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara kira-kira 12 tengah hari tadi.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan pada 11.45 pagi itu turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.

Terdahulu jenazah disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai KSN dari 1990 hingga 1996 menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.

Allahyarham juga adalah pengasas dan pengerusi pertama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 dan dilantik semula ke jawatan itu pada 2019.

Profile Tun Ahmad Sarji 

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid was the Chief Secretary to the Government from 1990 to 1996. Previously, he was the Chairman of Permodalan Nasional Berhad (PNB), Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd., Kontena Nasional Berhad and Petaling Garden Sdn Bhd

Tun Ahmad Sarji has also served on the boards of numerous other public-listed entities, including NCB Holdings, I&P Group Sime Darby Group, MNI Holdings, NCB Holdings and Pelaburan Hartanah Nassional Berhad. He holds degrees from Harvard University and Universiti Malaya.

Akhir Kata

Doakan Yang Terbaik Buat Arwah … Mogo Rohnya Sentiasa Tenang Di Sana

Sumber Dan Rujukan

Hmetro

Leave a Comment