Jaafar Onn Buang Air Besar Berdarah, Kini Di Zon Kritikal Hospital Serdang

PELAKON veteran Jaafar Onn kini berada di zon kritikal wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) selepas mengesan darah ketika membuang air besar pada malam Isnin.

Anak angkat Jaafar, 72, iaitu Hanif memberitahu tekanan darah dan bacaan haemoglobin aktor itu juga berada pada paras rendah ketika membuat pemeriksaan di klinik sebelum dibawa ke hospital.

“Dia (Jaafar) semalam buang air besar berdarah selain tekanan darah serta bacaan haemoglobinnya rendah.

jaafar onn buang air besar berdarah kini di zon kritikal hospital serdang hiburan mstar 660b7b6db33d9 1

Jaafar alami buang air besar berdarah pada malam Isnin.

“Malah doktor di klinik yang kami pergi pun kata tak boleh buat apa-apa dan kena bawanya ke hospital.

“Jadi saya terus bawa ke Hospital Serdang sekitar pukul 12 pagi,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Hanif memberitahu Jaafar tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum mengalami buang air besar berdarah.

jaafar onn buang air besar berdarah kini di zon kritikal hospital serdang hiburan mstar 660b7b7345a6a

“Sekarang sedar tapi dalam wad kecemasan di zon kritikal.

“Tiada simptom cuma dia sakit perut sebelum tiba-tiba ada darah ketika buang air besar,” ujarnya.

Susulan itu, Hanif memberitahu aktor itu perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut termasuk prosedur endoskopi bahagian mengesan sebarang kelainan pada bahagian usus dan perut.

Kata Hanif, ini merupakan kali ketiga Jaafar mengalami buang air besar berdarah sejak Julai tahun lalu.

“Disebabkan masalah itu berulang jadi doktor mahu lakukan prosedur endoskopi dan pemeriksaan lain bagi mengesan punca sebenar dia buang air besar berdarah.

Jaafar kini berkerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

“Sudah tiga kali jadi, bulan Julai tahun lepas, kemudian November dan semalam (Isnin).

“Dia ingat dia sihat sebab sebelum ini punya doktor beritahu puncanya sebab ada ulser dalam usus,” jelasnya.

Sebelum ini, melalui segmen mStar Baek, kesihatan Jaafar dilihat semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!