Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

ZIKRULLAH adalah satu ibadat yang istimewa kerana ia terbuka dan mudah diamalkan meskipun seseorang itu berada dalam apa-apa jua keadaaan.

Menurut Imam an-Nawawi, para ulama bersepakat bahawa hukumnya harus berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, berdoa, berselawat dan sebagainya secara dalam hati mahupun lisan bagi mereka yang berhadas, berjunub, haid dan nifas.

Sebagai umat Islam, kita haruslah mengambil setiap peluang dalam hidup ini untuk tidak meninggalkan amalan zikir. Jadikanlah ia sebagai rutin harian kerana apa jua zikir yang dilafazkan banyak fadilatnya.

Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don menerusi satu kuliah, beliau berkongsi akan satu zikir apabila dibaca akan memenatkan 70 malaikat untuk mencatatnya.

GAMBAR PORTAL FB 2023 02 10T104644.254

ZIKIR yang memenatkan 70 malaikat untuk mencatatnya.

Berdasarkan satu hadis daripada Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa membaca Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluhu, 70 Malaikat “penat” tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi (maknanya terlampau besar ganjarannya di sisi ALLAH… (Hadis Riwayat Ibnu Abbas dan Imam Tabrani)

Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama ma huwa ahluh

جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Ertinya: “Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad SAW atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”

Imam Abu Nuaim, Imam Tabrani dalam Mu’jamul ausath dan mu’jamul kabir dan beberapa ulama ahli hadis lainnya menyebutkan riwayat dengan sanad yang muttashil kepada sahabat yang bernama Sayidina Abdullah Abbas RA dari Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang membaca selawat ini, maka 70 malaikat akan “letih” untuk mencatat pahalanya sampai 1000 hari.

Selawat

JADIKAN zikir sebagai amalan yang sentiasa meniti di bibir.