Inilah Petua Untuk Hilangkan Sakit-Sakit Badan

Inilah Petua Untuk Hilangkan Sakit-Sakit Badan, Petua dari mak saya semasa dalam pantang dulu. Petua ni sesuai untuk ibu-ibu atau wanita-wanita diluar sana yang selalu rasa sakit-sakit badan.

Petua ni selain dari boleh menghilangkan sakit2 badan, banyak juga kegunaanya seperti :-

  • Buang angin yang menyebabkan kebas2 kaki tangan
  • Melawaskan pembuangan air besau
  • Mencuci darah beku

Bahan=bahannya pun ada kat dapur je. Mudah dicari dan didapati :-

  • 1 Sudu kecil halba
  • 2 Inci halia
  • 2 Batang serai
  • Air kosong dalam 2 liter
  • Satu sudu besar asam jawa

Cara membuatnya pun senang sangat.

  • Ketuk halia dan serai (jangan sampai hancur)
  • Masukkan ke dalam periuk yang diisi air.
  • Jangan lupakan masukkan halba ya.
  • Rebus semua bahan ni sampai mendidih ya.
  • Angkat dan campurkan dengan asam jawa. Kacau2 sampai sebati.

Minum masa air tu suam2 kuku.

-Minum sebelum nak tidur ya.

InshaAllah, esok pagi bangun badan jadi segar megar.

Kredit

Leave a Comment