Ini Harga Lesen Memandu 2024

Nak ambil lesen memandu tapi tak tau harga terkini? jangan risau ini ada perkongsian tentang harga lesen memandu 2024

Kadar harga harga lesen memandu 2024 yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:

harga lesen memandu 2024

  • Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
  • Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
  • Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
  • Lesen Kereta Automatik  DA – RM1250 hingga Rm1500

Caj Fi Tambahan

Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.

Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual berikut:

AKTIVITI FI (RM)
Pendaftaran Pelajar TIDAK MELEBIHI RM50
Insurans Pelajar
Gambar Pelajar di Pusat Ujian
Bahan Kursus dan Buku KPP
Perkhidmatan Lesen Memandu
Kemudahan Pengangkutan
(jika diperlukan oleh pelajar)
Rm 0.50/km = RM 1/km
(pergi-balik)

Sebagai pelanggan anda perlulah bijak membuat perbandingan dengan pusat memandu lain bagi mengetahui harga lesen memandu bagi tahun 2024.

Sekiranya anda ingin mengetahui pecahan harga yang ditetapkan oleh pihak JPJ, boleh lawati laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-kelas-b2-jadual-fi-latihan-ujian-lesen-kelas-b2-sahaja

Perubahan Sistem Ujian Praktikal

Kelak kita akan menyaksikan terdapat perubahan dalam ujian praktikal dengan pegawai JPJ.

Selepas itu, kehadiran pegawai JPJ mungkin tidak lagi diperlukan dalam kenderaan sebaliknya sebuah kamera akan dipasang dalam kenderaan dan calon boleh dipantau melalui video secara langsung.

Selain itu, kaedah ini boleh menjamin ketelusan dan mengelakkan pegawai JPJ yang mungkin mengambil kesempatan terhadap calon atau pun mengelakkan calon cuba untuk merasuah pegawai JPJ.

Penggunaan kamera ini juga membolehkan lebih ramai calon mengambil ujian pada satu-satu masa kerana pihak JPJ tidak perlu memperuntukkan sejumlah anggota yang ramai untuk menguji calon ketika ujian praktikal.

Akhir kata
Harga lesen memandu 2024 boleh berubah dari masa ke semasa, boleh rujuk akademi memandu terdekat di kawasan anda untuk info lebih lanjut.

Baca Juga: