Siapa tak sedih bila “Ibu pelakon veteren,Zulkifli Ismail meninggal dunia pada usia 80 tahun”

Al-Fatihah

Pelakon senior, Zulkifli Ismail memaklumkan ibu tersayangnya, Hajah Mariam Saad telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang jam 4.00 petang, semalam.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun dan khabar sedih itu diberitahu sendiri oleh aktor berkenaan menerusi sebuah perkongsian di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya, Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah.

.

“Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi (semalam). Allahyarhamah berusia 80 tahun.

.

“Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” katanya.

301385380 186703333825205 8718534401652377428 n

Sementara itu, rata-rata netizen serta rakan artis menitipkan ucapan takziah buat pelakon yang berusia 59 tahun itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Instagram @aktorzulkifli Via OMM

Leave a Comment