Bapa mana tak sedih “Kerna jalan rosak,Bapa terpaksa jalan kaki1 jam ‘Sambil kendong jenazah’ anak “

Jalan rosak teruk, bapa terpaksa jalan kaki 1 jam sambil kendong jenazah anak

Gara-gara keadaan jalan yang teruk, seorang bapa sanggup berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, sambil menggendong jenazah bayi perempuannya biarpun memakan masa lebih kurang satu jam.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan di Facebook Sabah Info, lelaki itu terlebih dahulu dibantu oleh pihak Persatuan Amal dan Jariah Sabah yang menawarkan diri untuk menghantarnya dan jenazah bayi perempuannya pulang ke rumah mereka.

“Keluarganya merupakan golongan kurang berkemampuan dan Persatuan Amal dan Jariah Sabah tampil membantu dengan menyediakan keranda dan menghantar mereka pulang ke rumah.”tulisnya.

298390730 5507021419364933 228680510452449511 n

Bagaimanapun, hasrat murni pihak terbabit tidak kesampaian apabila keadaan jalan yang dilalui sangat teruk sehingga tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan ke rumah lelaki itu. Susulan itu, lelaki itu terpaksa pulang dengan berjalan kaki membawa jenazah anaknya pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira satu jam.

298176351 5507021356031606 473437298794677376 n

Semasa terkandas, mereka cuba untuk membuat panggilan bagi mendapatan bantuan namun gagal kerana tidak mempunyai capaian liputan yang stabil. Bukan itu sahaja, bahkan dalam masa sama mereka turut berada di tengah-tengah hutan di waktu lewat malam.

298590729 5507021302698278 7281151265446955847 n

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada beberapa bulan lalu dan bayi perempuan berusia lima bulan yang dikendong oleh lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen. 2, Kota Kinabalu, Sabah.

“Pahit untuk ditelan, ini merupakan satu realiti yang berlaku di Daerah Kota Marudu, salah satu daerah termiskin di Malaysia. Takziah untuk kedua ibu bapa dan semoga diberi kekuatan di atas pemergian anak tersayang,” katanya.

297498248 5507021436031598 536904174814109519 n

Salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat atas kehilangan anak yang disayangi.

Screenshot 2022 08 12 at 3.46.18 PM

Terima kasih NGO!

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana warganet memuji tindakan murni oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) terutama pasukan pengurusan jenazah kerana sudi membantu menghulurkan bantuan.

Ini pun pengurusan jenazah bayi di Kudat terpaksa lalui sungai dan titi pokok tumbang

Selain itu, terdapat warganet berkongsi keadaan pengurusan jenazah seorang bayi di Kudat apabila terpaksa melalui kawasan sungai dan menjadikan pokok tumbang sebagai titi bagi menyeberangi sungai.

Screenshot 2022 08 12 at 3.49.24 PM

Sumber Dan Rujukan

OMM

Leave a Comment