Ibu mana tak sedih nampak Anaknya macam tu “Hingga Bonda mengeluarkan kata-kata yang tak disangka” Kerna anak,Ibu terkena tempias

 “Kau nak mak mati sebab tidak tahan fitnah”

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri yang kembali menggunakan media sosial mengundang kecaman termasuk ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Rozita dalam komen ditinggalkan dalam hantaran terbaharu Aliff memberitahu sudah tidak tahan menanggung fitnah ekoran perbuatan anaknya itu.

Usahawan itu juga menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tidak serik melakukan perkara mengundang kecaman orang ramai.

“Kebulur sangat dengan lagu ke? Tak habis lagi? Tak aman hidup mak. Kau nak mak mati sebab tidak tahan fitnah. Lagu bangang! Kau ini memang tak makan saman, kan? Mak ngeri nak baca fitnah, yang kau pula selamba,” katanya.

1699902 1
Tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh Rozita Ibrahim buat anaknya, Aliff Syukri.

Komen pedas Rozita itu dibuat selepas Aliff memuat naik video teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022.

Seperti menyindir netizen yang mengecamnya, Aliff yang mengenakan kemeja-T berwarna putih dan seluar jean tampil menari dengan sebatang kayu mop dalam video berkenaan.

Dalam komen sama, Rozita terkilan dengan keputusan Aliff yang lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.

Rozita turut memberi amaran kepada Aliff agar tidak mencarinya sekiranya ternampak usahawan itu bersama wanita atau memegang mereka.

Tak serik-serik. Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak!

ROZITA IBRAHIM

USAHAWAN & IBU DATUK ALIFF SYUKRI

“Tak serik-serik. Kalau mak nampak ada perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak.

.

“Manusia kebal betul kau, kan? Kami semua terpalit. Kau lebih pentingkan pengurusan rakaman daripada teguran mak.

Setakat saman RM50,000 itu pilihan kau ya? Mana nak undur diri, padam video seminggu tak sampai kau bertahan,kan?,” tulisnya.

1699901
Tangkap layar video Aliff Syukri menari dengan sebatang mop.

Sebelum ini, Rozita pernah meminta agar Aliff memadam semua video tarian gelek di setia platform media sosial miliknya.

Aliff pada Jumaat lalu sambil menangis tersesak-esak memohon maaf kepada ibu, isteri dan anak-anaknya selain memberitahu akan mengundurkan diri daripada media sosial.

Usahawan itu juga mendedahkan dirinya seorang penghidap masalah kesihatan mental tahap dua sebelum bertindak memadam semua hantaran di Instagram.

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Leave a Comment