Hidayah Milik Allah ‘Reen Rahim Mohon Doa Yang Baik-Baik’ Kini Beliau Kekal Berhijab Selepas Umrah

Kekal berhijab selepas umrah? Reen Rahim mohon doa yang baik-baik

Penampilan sopan pelakon Reen Rahim di Tanah Suci mengundang perhatian peminat dan pengikutnya di laman Instagram yang dipenuhi dengan pelbagai komen positif.

Berkongsi beberapa posting sepanjang menunaikan ibadah umrah, pelakon berusia 34 tahun itu membuatkan orang ramai meletakkan harapan supaya dia kekal dengan imej berhijab sebaik tiba di tanah air nanti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu kelihatan lebih cantik dan manis apabila mengenakan penampilan seperti itu selain berharap agar dia kekal istiqamah.

Memetik laporan Kosmo! Online pula, Reen bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut namun berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja.

“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya yang bakal pulang ke Malaysia pada hari esok.

Mengikut perancangan asal, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim hanya mahu menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang sahaja namun terdetik hati untuk sama-sama berangkat ke sana.

Selain itu,,Reen Rahim memanfaatkan cuti panjang yang diambil dengan mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Kota Mekah bersama ibu bapanya pada 4 Mac lalu.

Menurut Reen,34, pada awalnya, dia hanya berniat mahu menghantar kedua orang tuanya itu namun tidak sangka diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah pada saat akhir.

“Perancangan Allah itu sangat hebat, tiba-tiba saya terdetik sekali untuk ikut sama mengerjakan umrah dan Tuhan telah susun gerak hati saya dengan baik.

“Kebetulan saya juga cuti panjang dan semestinya sangat gembira apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kali bersama ibu bapa,” katanya menerusi laporan mStar.

Malah, pelakon drama Menantu Sepuluh Ribu itu turut meluahkan rasa syukur apabila urusannya ketika melaksanakan ibadah umrah dipermudahkan dengan bantuan sebuah agensi.

“Saya terjumpa sebuah agensi yang membawa jemaah umrah dan terus menghubungi mereka. Kalau ikutkan dari segi pengikut di Instagram mereka tidaklah terlalu banyak.

“Tetapi hati saya sangat yakin dan syukur mereka memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini.

“Bagi saya jika berkemampuan tidak salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan ibu bapa kerana kita faham faktor usia mereka.

“Jadi, carilah agensi yang betul-betul menawarkan perkhidmatan terbaik untuk ibu bapa,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Reen juga menggunakan peluang ketika berada di Tanah Suci dengan menitipkan doa supaya rezekinya semakin diperluaskan bagi membalas jasa ibu bapanya.

“Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah.

“Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Sumber Dan Rujukan

OH , Utusan TV

Leave a Comment