Dengan Izin Allah “Gadis Terselamat Keracunan Gas Dalam Kereta” Kini Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Gadis Terselamat Keracunan Gas Dalam Kereta Dedah Apa Yang Sebenarnya Berlaku 2 Tahun Lalu

Mesti ramai yang masih ingat satu kejadian yang memilukan yang melibatkan tiga penuntut kolej meninggal dunia di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang.

Kejadian ini berlaku pada September 2020 mendapat perhatian ramai susulan pemergian tragis tiga sekawan dalam sekelip mata.

gas

Difahamkan ketika kejadian, empat sahabat ini singgah di stesen minyak berkenaan pada jam 8.40 sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di Pulau Pinang.

Rindu yang tak terubat, mangsa yang terselamat iaitu adik kembar daripada salah seorang mangsa terkorban menceritakan hal sebenar berlaku di dalam sebuah video di laman Tiktoknya.

Menerusi video yang dikongsi oleh Nor Aqilah mengatakan bahawa mereka berempat tidak melelapkan mata seperti yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak.

“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah. Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur.”
Pada awalnya semua keluar pergi membeli makanan dan minuman hanya kakak kembarnya sahaja di dalam kereta tersebut. Selepas berkumpul semula di dalam kereta, mereka berbual dan tiada siapa pun tertidur kerana tujuan asalnya hanya untuk berhenti makan sahaja.

Jelasnya di dalam video seterusnya, semasa berbual di dalam kereta, dia sudah berasa pening dan bersandar seketika di kerusi.

Ada borak sekejap lepas itu tak ingat, bangun buka mata saja sudah ada di hospital…

Mengimbau kembali kejadian itu, katanya sepanjang koma (seminggu koma di Unit Rawatan Rapi (ICU)) dia bermimpi kakaknya di mana dia pengsan di sebuah pulau.

Gadis ini sangat kuat menempuh dugaan ini, paling memilukan apabila ahli keluarga memaklumkan kakak kembarnya dan dua orang lagi rakan mereka sudah meninggal dunia.

“Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu reda meneruskan hidup. Al-Fatihah buat sahabat syurga saya…”

Menurut forensik, kejadian ini berlaku akibat kebocoran gas namun mangsa tidak perasan kerana tiada bau atau tanda-tanda gas bocor.

Video

Sumber Dan Rujukan

Qill Via Siakap Keli

Leave a Comment