Enggan Lakukan Hubungan Intim ‘Bersama’ “Wanita ‘Kejar’ Suami Isteri Guna Pedang Samurai “

Enggan Lakukan Hubungan Intim ‘Bersama’, Wanita ‘Kejar’ Suami Isteri Guna Pedang Samurai

Bangkok – Seorang wanita di Thailand meraih perhatian setelah video yang memaparkannya menyerang suami isteri dengan membawa sebilah pedang samurai tular di media sosial.

Memetik laporan The Thaiger, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana pasangan suami isteri itu enggan melakukan hubungan intim bersamanya.

Pasangan itu mendakwa bahawa mereka telah diugut beberapa kali sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok.

Bagaimanapun, wanita tersebut dipercayai tetap berjaya mencari mereka.

Menerusi video tersebut, wanita yang berpakaian biru tua itu cuba menikam dan menetak lelaki berkenaan dengan menggunakan pedang samurai yang dibawa olehnya.

“Wanita itu tidak berpuas hati selepas lelaki tersebut tidak mahu melakukan hubungan intim bersamanya dan isterinya.

“Dia cuba untuk menyerang lelaki itu dengan pedang tersebut tetapi tidak berjaya,” kata kapsyen di video terbabit.

Sementara itu, lelaki berusia 38 tahun tersebut mendedahkan bahawa dia berkawan dengan wanita terbabit selama setahun dan mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing mempunyai pasangan.

Tambahnya, wanita itu didakwa sering meminta untuk melakukan hubungan intim dengannya tetapi dia menolak.

Dia memutuskan untuk melarikan diri dari Bangkok untuk tinggal di wilayah Phetchabun.

Dakwanya lagi, wanita tersebut pernah melawat isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

Dia juga mengesyaki bahawa wanita itu mungkin mempunyai simptom penyakit psikotik.

Pun begitu, mereka masih belum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan baru sahaja melarikan diri untuk tinggal di wilayah lain demi keselamatan mereka.

Sumber Dan Rujukan

Siakap Keli

Leave a Comment