Cara Claim Emadani Shopee 2024 – Program eMADANI merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui pengagihan kredit eWallet sebanyak RM100.
Cara claim eMADANI Shopee adalah salah satu cara yang paling popular untuk menebus kredit ini, memandangkan Shopee adalah antara platform e-dagang yang terlibat dalam program ini.
Program ini diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan dompet digital dalam kalangan rakyat Malaysia, sekaligus menyokong perniagaan tempatan melalui penggunaan kredit ini di kedai-kedai fizikal yang menerima ShopeePay sebagai kaedah pembayaran.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk memperkasakan ekonomi digital negara dengan meningkatkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
Syarat-Syarat Kelayakan Emadani Shopee
- Warganegara Malaysia: Hanya warganegara Malaysia yang layak untuk menuntut kredit eMADANI. Pastikan maklumat kad pengenalan anda sah dan terkini.
- Umur: Anda mesti berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023. Ini adalah salah satu syarat utama yang memastikan bahawa program ini benar-benar membantu golongan dewasa yang memerlukan.
- Pendapatan Tahunan: Pendapatan tahunan anda mestilah tidak melebihi RM100,000. Program ini mensasarkan golongan berpendapatan rendah hingga sederhana, iaitu kategori B40 dan M40.
- Bukan Penerima eBeliaRahmah 2023: Sekiranya anda telah menerima kredit eBeliaRahmah pada tahun 2023, anda tidak layak untuk menuntut eMADANI. Ini bagi memastikan bantuan diagihkan dengan adil kepada golongan yang berbeza.
- Tidak Menebus di Platform Lain: Anda hanya dibenarkan menebus kredit eMADANI melalui satu platform eWallet sahaja. Jika anda telah menebus di platform lain seperti Touch ‘n Go atau Setel, anda tidak boleh menebusnya di Shopee.
Cara ‘Claim’ RM100 Emadani Shopee
Untuk menikmati baucar tambahan RM600 daripada Shopee apabila korang tebus Emadani Shopee RM100, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan seperti berikut:
1. Buka aplikasi Shopee dan klik ikon eMADANI di laman utama
2. Aktifkan & sahkan ShopeePay dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda
3. Setelah IC anda disahkan, kredit eMADANI RM100 anda akan dikreditkan ke e-wallet ShopeePay anda dalam tempoh 3 hari bekerja.
4. Selepas mendapatkan kredit eMADANI anda, anda boleh menuntut baucar ekstra bernilai RM600 di Shopee.
Korang juga boleh merujuk pautan INI untuk mendapatkan langkah-langkah tersebut melalui platform Shopee.
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit Emadani Shopee?
Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan ‘peer–to–peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.Kedai Eco adalah contoh salah satu kedai yang menerima pembayaran melalui ShopeePay
Berikut adalah senarai kedai fizikal yang menerima ShopeePay eMadani sebagai salah satu kaedah pembayaran
Anda juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah Kasih Sayang di Shopee.
Sumber : https://shopee.com.my/
Baca juga: