Ebit Lew”Walau Kita Cuma Nak Bawa Kasih Sayang, Tetap Ada orang Benci Kita…”

Tetap Ada orang Benci Kita

Hanya tangisan dan pengharapan kepada Allah. Itulah antara luahan hati ustaz Ebit Lew mengenai segala dugaan yang terpaksa ditempuhinya sejak akhir-akhir ini, apabila usaha murninya membantu golongan daif dipertikaikan.

Menerusi live di Facebook ustaz Ebit, penuh dengan linangan air mata pendakwah itu meluahkan rasa terharu dan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.

Bagi ustaz Ebit, segala kejian dan tuduhan yang diterimanya adalah sebahagian daripada ujian hidup menandakan Allah sayang kepada hambaNya.

x 21

Saya bukan nak bergaduh

Menurutnya, dia mengakui tidak lari daripada perasaan sedih dengan segala tuduhan terhadapnya, niatnya bukanlah untuk bergaduh dengan sesiapa pun, tetapi hanya untuk membantu insan yang susah, seperti mana dahulu dia pernah dibantu.

“Bukan nak bergaduh, kita tak sentuh siapa-siapa, tak sebut nama siapa-siapa, kita tak kacau siapa pun, tiba-tiba ujian datang. Saya rasa takut dan sedih…”

Saya diugut macam2

Tambahnya, dia tidak akan membalas segala kejian dan ugutan yang diterimanya, ini kerana untuk bergaduh dengan saling bertikam lidah bukanlah caranya.

“Saya susah nak benci orang, nak lawan orang, kata orang..tapi kebelakangan orang tidak berhenti datang nak cari gaduh dengan saya, ugut saya bukan-bukan…”

Berlinang air mata ustaz Ebit

Dalam linangan air mata, pendakwah itu meluahkan segala kesedihan yang terbuku dalam jiwanya selepas segala kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Baginya, dia berserah segala kepada Allah, tiada dendam disimpan dalam hati. Bibirnya tidak putus-putus meminta maaf jika kerja yang dilakukannya telah mengguris hati segelintir pihak.

Akhir Kata

Semoga ustaz ebit sentiasa tabah dan dikurniakan kecekalan dalam menghadapi cacian2 dan kata2 buruk masyarakat yang berhati buruk…

Sumber Dan Rujukan

Ebit lew

Leave a Comment