Ada Pihak Yang Tidak Benarkan Ebit Lew Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Kampung

KUALA LUMPUR: Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memohon maaf selepas bertindak membantu penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tanpa kebenaran universiti berkenaan.

Ebit Lew berkata, permohonan maaf tersebut dibuat selepas dihubungi Naib Canselor UPSI yang memintanya berbuat demikian.

ustaz ebit lew

Katanya, bas awam tersebut disediakan secara percuma sebagai bantuan untuk membawa pelajar yang terkandas pulang ke kampung.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Canselornya, Profesor Datuk sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.

“Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa.

“Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid dulu. Makan pun tumpang dekat masjid,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi status Facebook miliknya hari ini.

Ebit Lew sebelum ini membantu menyediakan bas percuma untuk membawa penuntut universiti itu balik semula ke kampung selepas kerajaan memutuskan agar pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) dibuat secara atas talian

Dedahkan pengalaman Ebit Lew pada pelajar UPSI

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar (kiri) bersama pendakwah, Ebit Lew selepas mengadakan perbincangan mengenai kerjasama antara UPSI dengan pendakwah berkenaan. - Foto NSTP / Ihsan Noorzali
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar (kiri) bersama pendakwah, Ebit Lew selepas mengadakan perbincangan mengenai kerjasama antara UPSI dengan pendakwah berkenaan. – Foto NSTP / Ihsan Noorzali

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menjalin kerjasama dengan Ebit Lew dalam usaha mendedahkan pelajar UPSI kepada bidang kesukarelawanan berdasarkan pengalaman pendakwah terbabit.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata UPSI menerima surat permohonan Ebit Lew secara rasmi untuk bekerjasama membantu pelajar UPSI terutama mereka yang ingin pulang ke kampung selepas prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diikuti.

Mohammad Shatar berkata, Ebit Lew menyewa dua bas untuk menghantar lebih 30 pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu, semalam.

Bas berkenaan dinyahkumankan terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di perkarangan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) bagi memenuhi SOP seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan bergerak jam 12.00 tengah malam tadi.

Justeru katanya, UPSI menyambut baik kehadiran Ebit Lew untuk membantu UPSI dengan menghantar pelajar dan bersedia menghantar lagi jika diperlukan, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohammad Shatar berkata, kerjasama bukan sahaja dalam bentuk penghantaran pulang pelajar, malah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kesukarelawanan yang diceburi Ebit Lew.

“UPSI menggalakkan pelajar menceburi bidang kesukarelawanan dan dengan pengalaman Ebit Lew, saya yakin ia dapat membantu pelajar dalam bidang aktiviti kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan di luar bilik kuliah bukan sahaja mampu meningkatkan ilmu pengetahuan, bahkan kebolehpasaran graduan.

Semalam, Mohammad Shatar bersama Ebit Lew juga berbincang aktiviti kemasyarakatan yang boleh disertai mahasiswa untuk mengamalkan ilmu dipelajari.

Rujukan

Utusan.my

Berita Harian

Leave a Comment