Doa Basuh Beras. Rahsia Lembutkan Hati Anak Dan Rahsia Rumahtangga Bahagia

Doa Basuh Beras Untuk Lembutkan Hati Anak

Bismillah, inilah petua cara dan doa basuh beras yang dikongsikan oleh Ustaz Abdullah Khairi, Semoga bemanfaat.

Pernah ke di hati kita, kenapalah anak-anak zaman ini susah sangat nak mendengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan, kini semakin suka melawan sejak diberikan gadget serta bergaul dengan kawan-kawan.

Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk melembutkan hati anak dan pasangan.

Mungkin banyak ibu bapa dah amalkan atau mungkin juga ramai yang terlupa tentangnya. Jadi sempena tempoh kuarantin di rumah ni, apa salahnya kita amalkan semula petua yang dikongsi oleh Ustaz Abdullah Khairi melalui Facebook beliau.

“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”

Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.

Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi hati pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan Rasulullah SAW iaitu doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.

Petua Dan Cara Ustaz Abdullah Khairi

  1. Genggam beras.
  2. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
  3. Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa ini dan tiuplah pada beras tersebut – “Ya Allah”
  4. lembutkanlah hati anakku sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi”

Cuci dan gaulkan beras arah lawan jam.

Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan itu pada anak-anak dan pasangan

Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.

Wallahualam…

Semoga Bermanfaat Buat Kita Semua

Akhir Kata

Itulah petua cara dan doa basuh beras yang mudah ikhtiar kita untuk kebaikan anak-anak kita yang sekarang ini hidup membezar dizaman yang fitnahnya sangat berat…

Semoga keluarga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanawataala… Aamiin Allahumma Aamiin

Sumber Dan Rujukan

Majalahharian

Leave a Comment