Buat Bengang Wanita Twitter Tuduh Alahyarham Zulfarhan Osmon Punca Kejadian Bvli “Tolong Hentikan Budaya Tak Sihat”

Diana Danielle

STATUS seorang netizen di Twitter melemparkan kata-kata negatif terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkainain yang meninggal dunia akibat dibuli empat tahun lalu mengundang kemarahan aktres Diana Danielle.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, berkata, individu itu tidak sepatutnya berpihak kepada pembuli berkenaan lebih-lebih lagi apabila semua mereka sudahpun dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

“Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataannya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

1356215

Diana berkongsi paparan skrin status individu tersebut.

“Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tegas Diana.

Terdahulu, Diana memuat naik status seorang individu dipercayai seorang wanita menuduh Allahyarham menjadi punca kejadian itu berlaku.

‚Äč”Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ini?” tulis individu tersebut.

Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

DIANA DANIELLE

PELAKON

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkainain, empat tahun lalu.

Lima daripada enam tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 yang lain yang sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Semua tertuduh dijatuhi hukuman pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama siri GANJIL ini berharap budaya membuli di institusi dapat dihentikan kerana bimbang nasib anak-anaknya di masa hadapan.

“Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli di institusi! Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

“Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak,” kata Diana.

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Leave a Comment