Datuk Red Dedah Isteri Pertama Turut Fail Cerai, Bakal Hilang Dua Isteri Sekelip Mata – “Mereka Tak Sepakat, Hanya Kebetulan”

Datuk Red Dedah Isteri Pertama Turut Fail Cerai, Bakal Hilang Dua Isteri Sekelip Mata – “Mereka Tak Sepakat, Hanya Kebetulan”

Dua dua isteri tak sepakat, kebetulan

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan kedua-dua isterinya memfailkan perceraian terhadapnya bukanlah satu pakatan atau rancangan mereka namun ia merupakan kebetulan.

Masing -masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

datuk red

Mahu pertahankan

Tambah Datuk Red, dia nekad mahu mempertahankan kedua-dua perkahwinannya kerana tidak mahu kehilangan Adira dan Datin Red sekali gus apatah lagi kerana mereka mempunyai ramai anak.

Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang dengan sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun dah ramai.

adira

Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada. Saya juga manusia, lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham.

Untuk rekod,  Datuk Red memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, lima anak bersama Datin Red dan empat cahaya mata bersama Adira. Secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya.

datin red

Terdahulu, keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah rendah Syariah Gombak Barat menunjukkan proses tersebut gagal mendapat penyelesaian.

Mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April akan datang.