(VIDEO) Cubaan Lari Dari Taliban,Rakyat Afganistan Jatuh Dari Langit Selepas Berpaut Pada Pesawat.

Masyaallah,

Angkara ketakutan yang melampau terhadap puak pemberontak, Taliban, rakyat Afghanistan dipercayai sanggup membahayakan diri sendiri dengan berpaut pada kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang sedang bergerak.

Mereka dilihat terdesak mahu meninggalkan Afghanistan dengan kadar segera

Agensi media, Askava telah melaporkan tiga orang menemui ajal dipercayai melayang jatuh dari ketinggian ratus kaki di udara setelah ketika kapal terbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Kabul.

Sebelum ni puluhan ribu rakyat telah meninggalkan kawasan kediaman dan melarikan diri setelah Taliban menakluk beberapa ibu kota di Afghanistan.

Taliban yang bersikap agak agresif dengan merompak, menculik dan merogol anak perempuan dan janda ini membuatkan rakyat tertekan dan segera mahu meninggalkan Afghanistan dengan lari ke negara-negara jiran.

Lebih parah apabila tentera AS yang membantu tentera Afghanistan selama ini melawan Taliban, telah mengundurkan diri lebih awal dari yang dijangkakan. Sebanyak 90 peratus tentera AS telah dibawa pulang pada Julai yang lalu.

Hal ini membantu Taliban untuk menguasai keseluruhan Afghanistan dengan lebih mudah. Ini adalah kejayaan yang ditunggu-tunggu oleh pihak pemberontak setelah mereka digulingkan oleh pimpinan AS pada tahun 2001.

Sumber Dan Rujukan

Borak Daily

Leave a Comment