Contoh terbaik, Tolak Babak Soft Porn, Meerqeen Lebih Utamakan Nama Baik Keluarga

Contoh terbaik, Tolak Babak Soft Porn, Meerqeen Lebih Utamakan Nama Baik Keluarga

Jaga nama baik keluarga, Meerqeen tolak ‘babak panas’Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan pelakon baru yang kini namanya sedang meningkat naik.

Meskipun masih baru dalam industri, namun Meerqeen mempunyai pendirian dalam memilih job, di mana dia memilih untuk tidak melakonkan babak panas atau kata lain babak soft porn.

Ianya kerana dia mahu menjaga nama baik keluarga agar tidak tercalar dek kerana babak yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelakon beragama Islam.

“Saya ada keluarga yang menonton semua naskhah lakonan saya.

Jadi, keputusan paling terbaik untuk saya ialah menolak daripada melakukan babak sebegitu bagi menjaga nama baik keluarga,” katanya.

Pelakon yang memegang watak Firdaus dalam drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu berkata pemilihan job bagi seorang pelakon bergantung kepada prinsip hidup masing-masing, pun begitu baginya seorang pelakon perlulah selari dengan imej Islam.

“Perkara itu juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak tersebut untuk jalan cerita.

Tiada istilah hanya menerima arahan sahaja. Kita perlu bincang secara terperinci mengenai keperluannya namun kebanyakan babak berunsur soft porn yang ada hari ini adalah teknik atau sudut kamera,” katanya.

Semoga menjadi contoh untuk pelakon lain juga!

Sumber berita perak