Contoh Goodies Kahwin Atau “Doorgift” Paling Menarik 2024

Kepada yang tahu apa itu Contoh Goodies Kahwin Atau “doorgift kahwin. Dalam artikel ini, kami akan berikan beberapa idea contoh doorgift kahwin 2024 terkini yang cantik, murah dan juga mudah untuk didapatkan dan disediakan.

Sebenarnya ada banyak lagi contoh goodies kahwin diluar sana, tapi dalam artikel ini saya akan kongsi 10 Contoh Goodies Kahwin yang paling simple untuk kita sediakan

Koleksi Contoh Goodies Kahwin Atau “Doorgift”

10 Contoh Goodies Kahwin Paling simple

1. Sabun

Contoh Goodies Kahwin

Jika anda mencari goodies bukan makanan, sabun adalah salah satu idea goodies perkahwinan. Anda boleh menempahnya sahaja atau buat sendiri dengan menggunakan lilin dan minyak wangi. Bukan sahaja wangi, ianya juga boleh dibentuk dalam pelbagai rekaan.

2. Bunga telur

Contoh Goodies Kahwin

Bunga telur adalah idea goodies yang telah digunakan dalam majlis perkahwinan sejak zaman dahulu lagi. Boleh gunakan telur pindang atau telur puyuh sebagai bunga telur. Kalau nak lebih istimewa lagi, gunakan telur itik sebagai bunga pahar yang yang diletakkan di pelamin untuk majlis menepung tawar dan telur ayam untuk semua tetamu yang hadir.

3. Cookies

Contoh Goodies Kahwin

Terdapat beraneka jenis cookies boleh dipilih dan anda boleh memilih sama ada cookies ini dibungkus di dalam kotak khas, balang, plastik atau paper bag. Anda boleh membuatnya sendiri dengan melihat resepi yang dikongsi di internet atau menempahnya sahaja.

4. Mini Cupcakes

Mini Cupcakes

Merupakan goodies yang sangat digemari oleh semua golongan tak kira usia. Anda boleh menyediakannya secara DIY untuk penjimatan yang berganda. Anda juga boleh tempah di mana-mana bakery yang anda boleh temui di laman sosial.

Banyak pilihan perisa, bentuk dan bungkusan yang anda boleh pilih sesuai dengan tema dan bajet anda. Pastikan anda menampal sticker perkahwinan pada mini cupcakes supaya ianya nampah lebih cantik dan profesional.

5. Marshmallow

Marshmallow doorgift

Marshmallow juga sesuai dibuat sebagai goodies. Penyediaan goodies kahwin berasaskan marshmellow sememangnya mudah dengan kos yang murah dan yang paling penting adalah goodies ini boleh DIY sahaja. Nak nampak lebih personalized anda hanya perlu tambah customized sticker dan juga reben.

6. Popcorn

popcorn doorgift

Untuk bajet yang kecil, popcorn merupakan idea yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu sebagai goodies. Anda boleh buat sendiri sahaja goodies ini atau tempah saja secara online untuk memudahkan kerja anda. Biasanya popcorn ini didatangkan dengan balang ataupun ziplock paperbag.

7. Sapu Tangan

Sapu Tangan doorgift

Sapu tangan kecil yang cute sesuai dijadikan sebagai goodies kahwin. Pastinya mereka akan menghargai pemberian anda kerana ia boleh digunakan oleh mereka di rumah juga ataupun dibuat sebagai kenangan.

Pilihlah sapu tangan yang elok digunakan dan tidak berbulu-bulu untuk diberikan kepada para tetamu. Doorgift kahwin ini juga boleh anda hiasi bersama dengan tali, ranting, kertas, bunga dan lain-lain hiasan yang bersesuaian. Ia juga boleh dibentuk menjadi pelbagai bentuk yang menarik seperi lolipop, bunga dan sebagainya.

Untuk menjadikan goodies ini lebih istimewa, tambah saja jahitan khas ataupun sulaman bersempena majlis anda. Pasti tetamu akan terkenangkan majlis anda setiap kali menggunakannya.

8. Cawan

Cawan doorgift

Lagi satu idea goodies yang ramai pengantin zaman sekarang suka masukkan dalam goodies bag adalah cawan mug. Ia adalah sebagai kenang-kenangan untuk rakan anda mengingati perkahwinan anda. Anda boleh menempah ukiran nama pengantin pada cawan tersebut. Jika ingin menjimatkan bajet, anda hanya perlu tampal sticker sahaja.

9. Kipas tangan

kipas tangan doorgift

Kipas tangan turut boleh dijadikan goodies kahwin untuk majlis anda. Anak muda remaja dan ibu bapa juga senang dengan pemberian seperti kipas ini. Ia amat menarik dan cute serta mudah di bawa ke mana sahaja. Selain itu, ianya juga senang di simpan kerana bersaiz kecil dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja lebih-lebih lagi pada cuaca panas.

10. Mini Sejadah

Mini Sejadah doorgift

Mini sejadah ini sangat berguna ketika bermusafir atau melancong. Harganya yang murah, di samping bermanfaat dan ada ganjaran besar menanti anda sekiranya mini sejadah yang anda hadiahkan kepada tetamu digunakan untuk ibadah harian mereka. Sangat mudah dibawa kerana saiznya yang sederhana kecil.

Itulah 10 Contoh Goodies Kahwin Atau “Doorgift” yang boleh kita berikan kepada tetamu sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran mereka untuk memeriahkan majlis kahwin kita.

Semoga idea dari artikel Contoh Goodies Kahwin ini dapat membantu anda semua. jangan susah fikir lagi lepas ni yaaa..

Baca Juga:

 

 

 


Shopee