Cara Simpan Duit Hasil Setahun RM4436, Tip Mudah Menabung Antaranya Sehari Simpan RM2

Tip Mudah Menabung Antaranya Sehari Simpan RM2

Jika nak pastikan tabungan dalam jumlah yang banyak, lebih dari RM4k setahun tapi tak terasa stres membuat simpanan boleh ikut kaedah yang digunakan oleh Nur Emira Mohd Arifie ini.

Awal tahun ini elok sangat kalau kita nak mulakan misi simpan duit. Cukup setahun boleh jadi modal untuk percutian, beli kereta, motor, dan sebagainya yang kita diidamkan.

Cara Menabung RM4,436 Setahun

Beliau berjaya mengumpul RM4,436 pada tahun 2021, dengan cara yang dikongsi ini.

zz 29

Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.

TOTAL RM 4,436.00

Caranya:

  • RM2 – setiap hari
  • RM5 – setiap kali dapat
  • RM10 – 2 helai seminggu
  • RM20 – 1 helai seminggu
  • RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec.
  • RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.
  • Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB waktu itu.

zzz 26

Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.

Jom nak sambung in year 2022, kalau sama amount campur 2021 boleh book pakej umrah. Mudah mudahan ada rezeki, Allah jemput ke sana. Aamiin.

zzzz 15

Good luck pada siapa sedang buat macam ini in year 2022. Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

Sumber Dan Rujukan

  • Nur Emira Mohd Arifie Via
  • Akak Pesan

 

Leave a Comment