Pegawai Polis Tunjuk Cara Paling Selamat Dan Mudah Untuk Elak Whatsapp Kena Hack Atau Di Hijack

Lebih Baik Mencegah,Daripada Mengubati Kan.

Boleh dikatakan semua antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan ramai orang. Malah tidak dinafikan juga melalui aplikasi Whatsapp terbentukkan pelbagai group untuk memudahkan semua pihak. Sebagai contoh group famili, group jiran, group sekolah anak-anak, dan pelbagai lagi group whatsapp yang ada di dalam telefon kita, lain tidak bukan tujuannya untuk memudahkan komunikasi untuk bertanya khabar, berkongsi info dan sebagainya.

Pun begitu, sedar atau tidak sebenarnya penggunaan aplikasi whatsapp ini juga ada risikonya bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggodam Whatsapp anda untuk tujuan yang tertentu.

Jadi apa cara untuk anda lakukan bagi menyelamatkan akaun whatsapp anda daripada di ‘hack’ atau di ‘hijack’ daripada sesiapa pun?

Jadi usah risau, ikut sahaja paparan video yang dikongsikan oleh seorang pegawai polis ini menerusi laman facebook Polis Daerah Taiping. Kaedah yang disarankan cukup mudah untuk dilakukan.

Langkah 1 : Pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda.

Langkah 1 : Pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda.

Langkah 2 : Tekan titik tiga di bahagian kanan atas, kemudian akan keluar settings dan tekan Settings tersebut.

IMG 20210823 065948

Langkah 3 : Setelah itu klik pula pada Account

IMG 20210823 065853

Langkah 4 : Klik pula pada Two-step verification.

IMG 20210823 065834

Langkah 5 : Akan keluar paparan seperti ini dan klik bahagian bawah ENABLE

IMG 20210823 065813

Langkah 6 : Tetapkan nombor pin anda dan setelah ia dimasukkan scammer tidak akan dapat memasuki atau mengambil alih whatsapp anda.

IMG 20210823 065745

Buat lah Macam Mana Yang Diajarkan,Mudah Kan.

IMG 20210823 070111

Akhir Kata

Untuk Nasihat Buat Anda Yang Membaca,Jangan Mudah Percaya Dengan Promosi dan Iklan Yang Ada…Jika Betul Inginkan Sesuatu, Rujuk Dahulu Orang Yang Dah Pernah Terlibat Dalam Perkara Yang Sama Seperti Yang Anda Maksudkan..

Sumber Dan Rujukan

Keluarga MY

Leave a Comment