Cara Mohon Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi)

Cara Mohon Fleet Card Diesel – Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.

Dengan menggunakan kaedah Fleet Card Diesel, kerajaan mampu untuk mengesan individu yang layak untuk memakainya dan menghindari dari penjuaan diesel secara haram di kilang-kilang seperti yang berlaku hari ini.

Cara Mohon Fleet Card Diesel

Cara Memohon Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi)

Cara Mohon Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi) 3

Bagi pemohon baru, anda boleh memohon kelulusan pembelian diesel bersubsidi menggunakan “Multiple Fleetcard“.

Manakala kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dilakukan secara online oleh syarikat/individu melalui laman web berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Stesen Minyak Yang Terlibat

Dikatakan sebanyak 1 juta stok Fleet Card Diesel bakal tersedia di lima syarikat minyak bagi memenuhi  permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel adalah seperti berikut:  Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 atau Fleet Card Diesel anda boleh merujuk kepada Pusat Panggilan MySubsidi Diesel KPDN di talian :

  • Tel: 03-8882 6413
  • Tel: 03-8882 6758
  • Tel: 03-8882 6917

Menurut KPDN Laman Rasmi lagi, anda juga boleh terus menghubungi talian mana-mana syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel menggunakan pautan yang diberikan sekiranya mempunyai pertanyaan mengenainya :

Petronas

Shell

Petron

Caltex

BHP

Itulah Cara Mohon Fleet Card Diesel, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Baca Juga : Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi