Cara Pengeluaran Kwsp 2024
Cara Membuat Pengeluaran Kwsp 2024 Akaun 3
Untuk makluman, setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.
Cara Melakukan Pengeluaran Kwsp 2024 Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Tekan Sini Untuk Masuk Pengeluaran Kwsp 2024 Akaun 3 >>>>>> I-Akaun KWSP
- Login Ke I-Akaun.
- Klik Pengeluaran.
- Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
- Pilih jenis pengeluaran anda.
- Klik Akaun Fleksibel
- Jumlah yang boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
“Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX” - Klik “Keluarkan Sekarang”.
- Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Tekan Sini Untuk Masuk Pengeluaran Kwsp 2024 Akaun 3 >>>>>> I-Akaun KWSP
Pengeluaran KWSP 2024 (Akaun 1 & Akaun 2)
Pengeluaran keseluruhan simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 dibenarkan bagi tahun 2024 ini sekiranya ahli telah mencapai usia 55 tahun.
Ketika ahli telah mencapai usia 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55.
Bagi ahli yang memutuskan untuk meneruskan pekerjaan selepas usia 55 tahun, segala caruman yang dibuat selepas usia tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas.
Akaun Emas ini merupakan akaun khas yang mana pengeluarannya hanya dibenarkan setelah ahli mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh mohon?
- Warganegara & Bukan Warganegara
- Berumur di antara 55 hingga 59 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 55
Kategori:
- Pengeluaran penuh
- Pengeluaran sebahagian
- Pengeluaran bayaran bulanan
- Kombinasi pengeluaran sebahagian & bayaran bulanan
- Bayaran dividen tahunan secara automatik
- Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik
Apa yang boleh dikeluarkan?
Kelayakan Pengeluaran | Warganegara | Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998) | Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Pada/ Selepas 1 Ogos 1998) |
---|---|---|---|
Semua Simpanan Dalam Akaun 55 | Ya | Ya | Ya |
Pengeluaran Sebahagian (Tiada had minimum pengeluaran) |
Ya | Ya | Tidak |
Pengeluaran Bayaran Bulanan (Minimum RM100/ bulan atau RM1,200/ tahun untuk sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun) |
Ya | Ya | Tidak |
Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan | Ya | Ya | Tidak |
Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum) |
Ya | Ya | Tidak |
Pengeluaran Bayaran Dividen secara bulanan Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan). Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan. |
Ya | Ya | Tidak |
Pengeluaran Umur 55 Tahun (Pelaburan) Permohonan pada bila-bila masa. Jumlah pindahan minimum RM1,000.00. Perlu mengekalkan simpanan minimum RM1,000.00 dalam Akaun 55. |
Ya | Ya | Tidak |
Nota: Permohonan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). Pindahan amaun pengeluaran daripada Akaun 55 hanya dibenarkan kepada IPD yang dilantik oleh KWSP.
Baca Juga: Ini Dia 3 Waktu Sesuai Untuk Isi Angin Tayar menurut Altimat Auto Garage
Sumber: Ferdaus Shakirin Kwsp
Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline : 03-8922 6000
- Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my