Cara Jamak Zohor Dan Asar Berserta Dengan Niat Rumi

Artikel kali ini akan berkongsi tentang cara jamak zohor dan asar serta niat rumi dan terjemahan.

Syarat-Syarat Solat Jamak

Untuk Jamak Takdim:

  1. Dikerjakan dengan tertib, mendahulukan solat fardhu yang pertama diikuti solat fardhu yang kedua.
  2. Berniat menjamakkan solat ketika mengerjakan solat fardhu yang pertama.
  3. Mengerjakan kedua-dua solat secara berturut-turut tanpa diselangi dengan solat sunat atau lain-lain perbuatan.

Untuk Jamak Ta’khir:

  1. Berniat dalam waktu solat fardhu yang pertama untuk menangguhkan solat pertama tersebut ke dalam solat fardhu waktu kedua.

Cara Jamak Zohor Dan Asar

Lafaz Niat

i) Niat Jamak Zohor Dan Asar (Jamak Taqdim dan Qasar)

ZOHOR – ASAR

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

Jamak Zohor Dan Asar
Cara Jamak Zohor Dan Asar Berserta Dengan Niat Rumi 7

Niat Jamak Asar Dan Zohor Jamak Takhir dan Qasar

ASAR – ZOHOR

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”

ISYAK – MAGHRIB

“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”

Sumber infografik: JAKIM

Cara Solat Jamak Zohor dan Asar

Jamak Takdim Zohor Dan Asar

1. Jika masuk waktu zuhue ketika dalam perjalanan (musafir), ambil wuduk dan sedia untuk solat.

2. Niat Solat Jamak Takdim Zohor :

Jamak Zohor Dan Asar

 

Rumi : Usolli Fardoz Zuhri Qosron Raka’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud : Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar 2 rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

3. Lakukan solat Zuhur 2 rakaat.

4. Habis salam, terus bangun untuk solat Asar.

5. Niat Solat Jamak Takdim Asar :

Jamak Zohor Dan Asar

 

Rumi : Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud : Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

6. Lakukan solat Asar sebanyak 2 rakaat.

Tidak perlu lakukan solat Asar ketika waktu Asar nanti.

Jamak Takhir Zohor Dan Asar

1. Ketika bermusafir dalam waktu Zohor, maka berniatlah untuk lakukan solat Zuhur pada waktu Asar nanti.

2. Niat : “Sahaja aku mengerjakan solat fardhu Zohor Jamak Takhir pada waktu Asar nanti.”

3. Jika tidak niat pada waktu Zohor, jamak tersebut tak sah kerana niat adalah syarat untuk jamak takhir.

4. Apabila dah masuk waktu Asar dan bersedia untuk solat, mulakan dengan solat Asar dulu baru solat Maghrib.

5. Berdiri dan lafazkan niat, Niat Solat Jamak Takhir Asar :

Jamak Zohor Dan Asar

 

Rumi : Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud : Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

6. Lakukan solat fardhu Asar sebanyak 2 rakaat.

7. Selesai salam, terus bangun untuk solat Zohor.

8. Niat Solat Jamak Takhir Zohor :

Jamak Zohor Dan Asar

 

Rumi : Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud : Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

9. Lakukan solat Zuhur sebanyak 2 rakaat.

Alhamdulillah, itulah tata cara Jamak Zohor Dan Asar berserta dengan niatnya. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua, jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan sahabat kita InshaALLAH…

Baca Juga: Doa Khatam Al Quran Ringkas ( Panduan Jakim Serta Terjemahan)

Rujukan