“Bukan Nak Back Up…” – Umie Aida Bersuara Isu Anak Norman Hakim & Abby?

Screenshot 2023 09 11 at 6.21.57 PM side“Bukan Nak Back Up…” – Umie Aida Bersuara Isu Anak Norman Hakim & Abby?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.

Sementara itu, perkongsian pelakon Datin Umie Aida menjadi perhatian ramai seolah berkaitan mengenai kontroversi berkenaan.

Menerusi perkongsian itu, Umie berharap semua pihak berhenti mengulas mengenai isu berkenaan serta memberikan ruang kepada mereka yang terbabit.

View this post on Instagram

“Kecoh satu Malaya, macam kes kerat orang. Cukup-cukup la tu. Bagi ruang untuk mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Umie berkata perkongsiannya itu bukan mahu mempertahankan mana-mana pihak sebaliknya dapat memberi ruang kepada mereka menyelesaikan masalah tersebut.

“Ya Allah, dari semalam saya buka IG semua fasal isu tu. Bukan saya nak back up, tapi tolong la, bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu. Ingat, ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang terbaik,” tulisnya.

Sabtu lalu, Marissa dilihat ada memuat naik kenyataan mengaku bersalah serta mengatakan apa yang tular itu benar namun mendakwa tidak semua yang didedahkan itu tepat

Sumber rotikaya