BCV First Mile Hub di Malaysia Lokasi Dan No Telefon

Apa itu BCV First Mile Hub? – BCV merupakan singkatan bagi Batu Caves Hub Shopee Express. Ini adalah salah satu pusat first mile terbesar di Malaysia yang memainkan peranan penting dalam komitmen Shopee Express untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan dipercayai.

Hub ini merupakan gudang di mana Shopee Express menerima dan menyusun bungkusan dari penjual sebelum bungkusan tersebut dihantar ke pusat pengedaran Shopee Express yang lain.

Lokasi BCV First Mile Hub di Malaysia

BCV First Mile Hub terletak di Batu Caves, Selangor, Malaysia. Dengan lokasinya yang sangat strategik, ianya menjadi pusat pengumpulan penting bagi penghantaran di Malaysia. Alamat asalnya adalah di G10, Jalan Amaniah Mulia 3, Taman Amaniah Mulia, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia. Namun, banyak pelanggan mengeluh kerana hub ini sering ditutup walaupun pada waktu operasi.

Menurut seorang pengguna Facebook, BCV First Mile Hub ini telah dipindahkan ke alamat baru di LOT 46918, Jalan 4, Kawasan Perusahaan, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.

Anda boleh memandu kesana dengan menggunakan link Google Maps ini>> https://goo.gl/maps/uyYefZfSFDRKN4WM7.

Berikut adalah gambar maps yang telah di screenshot:

BCV First Mile Hub

Bagaimana BCV First Mile Hub Berfungsi?

Hub ini berfungsi sebagai pusat logistik yang menerima dan menyusun bungkusan sebelum dihantar ke hub pengedaran lain atau terus kepada syarikat kurier untuk penghantaran kepada pelanggan. Shopee Express menggunakan hub ini untuk menyusun dan mengoptimumkan penghantaran daripada penjual serta memastikan penghantaran yang lebih cepat dan selamat kepada pembeli.

Pengumpulan:

  • Penjual menghantar produk ke BCV First Mile Hub, di mana ia akan disusun dan diperiksa.

Penyusunan:

  • Barang akan disusun berdasarkan destinasi akhri penghantaran dan jenis kurier yang digunakan.

Penghantaran:

  • Setelah diproses, barang akan dihantar ke hub logistik seterusnya dan menghantarnya terus kepada pelanggan.

BCV First Mile Hub

Kelebihan Menggunakan BCV First Mile Hub

Penjual di Shopee dapat menikmati beberapa kelebihan, seperti:

Penghantaran yang lebih pantas:

  • Shopee Express memastikan bahawa bungkusan diproses dan dihantar dengan cepat dar.

Kos yang lebih rendah:

  • Penjual dapat mengurangkan kos penghantaran dengan memusatkan proses penghantaran di satu lokasi.

Sistem logistik yang lebih cekap:

  • Penyusunan dan pengagihan bungkusan di BCV First Mile Hub memastikan aliran logistik yang lebih lancar, mengurangkan risiko kesilapan dalam penghantaran.

Peranan BCV First Mile Hub untuk Penjual

Pusat Pengumpulan Utama:

  • BCV First Mile Hub adalah tempat utama di mana semua bungkusan dari penjual dikumpulkan sebelum dihantar ke pusat pengedaran Shopee Express.

Mempercepatkan Penghantaran:

  • Penghantaran disusun dengan pantas di hub ini, memastikan bungkusan sampai kepada pelanggan secepat mungkin.

Mengurangkan Beban Penjual:

  • Dengan BCV First Mile Hub, penjual tidak perlu menguruskan penghantaran individu kerana semuanya dikendalikan oleh Shopee Express.

Mengurangkan Risiko Penghantaran:

  • Sistem pemprosesan di hub ini membantu mengurangkan risiko kehilangan atau kerosakan bungkusan semasa dalam perjalanan.

BCV First Mile Hub

Masalah yang Dihadapi Oleh BCV First Mile Hub

Namun, terdapat juga beberapa isu yang dihadapi pelanggan, termasuk kelewatan penghantaran dan mesej “delivery attempt was unsuccessful” yang berulang kali diterima.

Banyak pelanggan mendapati bungkusan mereka tersekat di hub ini selama beberapa hari. Self-pickup juga mungkin tidak tersedia di lokasi baru, dan pelanggan dinasihatkan untuk menunggu kurier menghantar bungkusan terus ke rumah mereka.

Kesimpulan

BCV First Mile Hub memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan penghantaran bagi Shopee Express. Walaupun terdapat beberapa cabaran seperti kelewatan penghantaran, penjual masih boleh mendapat manfaat dari proses logistik yang lebih cepat dan tersusun di hub ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan penghantaran, disarankan agar menghubungi Shopee Customer Service melalui e-mel di help@support.shopee.com.my atau melalui telefon di +603-2777-9222.

Baca Juga

Sumber Dan Rujukan