Bawa Sarapan Rare Ke Sekolah. Murid Bawa Sebeban Petai & Siap Belanja Kawan-Kawan

Bawa sarapan rare ke sekolah. Murid bawa sebeban petai & siap belanja kawan-kawan. Kita biasa melihat anak-anak di sekolah rendah dibekalkan sarapan pagi sebelum berangkat ke sekolah.

Biasanya ia terdiri dari sandwich, nasi goreng, nugget, roti atau makanan lain selain ibu-ibu memberi pesan bekas bekal perlu dibawa balik dan jangan ditinggalkan kerana rasa sayang. Namun gelagat seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Adekta sering mencetuskan rasa lucu bagi sesiapa yang mengikuti Tik Tok ibu saudaranya, nita-kerang.

1 1.jpeg

Jika kanak-kanak seusianya hanya tahu membawa bekal disediakan mak ayah tetapi Adekta adakalanya terpaksa melakukan sendiri dan semua aksinya dirakam secara spontan oleh ibu saudaranya, Dita.

Dapat dilihat Adekta sangat petah berbicara dan sesekali agak pedas melontarkan pendapatnya.

Dalam satu video ditonton oleh 49.4 juta orang itu, dapat dilihat Adekta membawa bekal nasi dalam kuantiti yang banyak bersama ikan goreng. Lebih mengujakan, dirinya turut menyelitkan berpapan petai sebagai ulaman. Hal yang jarang dijadikan sarapan pagi oleh kanak-kanak seusianya yang mungkin lebih gemar makan nuget sebaliknya adik Adekta membawa petai mentah dan diletakkan dalam beg sekolahnya.

Saat dtegur oleh ibu saudaranya kenapa bawa nasi banyak begitu, katanya temannya ramai dan dimakan beramai-ramai. Masa yang sama, selama dia “tegur” makciknya agar jangan kedekut kerana orang kedekut kuburnya sempit.Pastinya satu sekolah “berbau” petai

Sebenarnya banyak lagi gelagat Adekta yang sangat mencuit hati dan biasanya setiap video dimuat naik ditonton oleh ramai pengikut ibu saudaranya, Nita.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Koleksi UAI

Leave a Comment