Bantuan MySARA RM1200 : Cara Mohon MySARA Dan Cara Semak MySARA

Cara Mohon Bantuan MySARA RM1200

Untuk pengetahuan anda, tiada borang permohonan Bantuan MySARA yang perlu diisi. Ini kerana kelayakan bantuan SARA ini adalah secara automatik. Data penerima adalah berdasarkan dalam sistem eKasih Pangkalan Data Kemiskinan Nasional  yang telah melepasi STR 2024 pada 31 Oktober 2023.

Jika data anda tidak ada dalam sistem, sila daftar ekasih dengan hadirkan diri anda ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berdekatan.

Anda juga boleh buat semakan STR untuk ketahui kelayakan status bantuan anda.

Semakan Bantuan MySARA

  1. Pergi ke portal rasmi : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan Nombor MyKad dan tekan Semakan Status

Cara Tebus

Untuk tebus bantuan ini, anda boleh pergi ke kedai runcit yang berdekatan (yang telah berdaftar dengan kerajaan untuk MySARA) seperti MyDin, Econsave, 99 Speedmart, Tesco dan banyak lagi. Lihat pautan senarai kedai yang boleh ditebus bantuan MySara.

Bantuan MySARA RM1200

 

  1. Pilih barangan asas yang anda mahu beli (ada label MyKasih) seperti beras, telur, roti, sardin, minyak masak.
  2. Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk proses pengesahan dan pembayaran
  3. Sila masukkan PIN 6 digit untuk pengesahan

 

Bantuan MySARA RM1200

Semak Baki MyKad

Anda boleh lihat baki dalam akaun MyKad anda dengan semak di portal rasmi MyKasih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Masukkan nombor MyKad dan tekan Semakan Status.

Tarikh luput untuk tebus bantuan Mykad adalah pada 31 Disember 2024.

Baca juga: Akaun 3 KWSP – Maklumat Penting Yang Anda Perlu Tahu!

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi pihak berkenaan di talian berikut :

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk mempermudahkan lagi urusan kita semua..