Bantuan Mykad : Cara Semak Bantuan Mykad RM100 Sehingga Disember

Bantuan mykad RM100 diberikan sehingga bulan Disember 2024, Bantuan mykad ini ditujukan khas untuk pembelian barang keperluan asas di kedai-kedai yang dipilih untuk pembayaran tanpa tunai menggunakan MyKad sahaja.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima STR berstatus lulus pada tahun ini
  3. Kategori miskin dan miskin tegar.

Bagaimana untuk tahu status penerima Bantuan MYKAD 100 setiap bulan

Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui:

  1. Surat maklumat:
    Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemberitahuan di alamat berdaftar mereka; atau
  2. Sistem SMS:
    Penerima yang layak akan menerima sistem mesej teks/aplikasi WhatsApp (SMS) yang dihantar oleh MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah skim tersebut.
  3. Lihat terus melalui portal rasmi:
    Sekiranya tiada makluman diterima, pemohon boleh menyemak status di portal bantuan rasmi: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

JADUAL BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN MYKAD

Bayaran bagi penerima Semenanjung adalah bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024.

Manakala penerima Sabah, Sarawak dan Labuan menerima bayaran 2 kali pada Februari dan Ogos tahun ini.

Cara Semak Bantuan Mykad RM100 2024

5 langkah mudah untuk semak bantuan mykad RM100 2024 seperti berikut:

  1. Layari laman web https://mykasih.com.my/ iaitu laman web rasmi semakan status MyKasih 2024
  2. Kemudian tekan “Semak Status”
  3. Seterusnya
  4. Masukkan Nombor MyKad anda dengan betul tanpa (-). Contoh: 90XXXXXXXXXX.
  5. Tekan sekali lagi “Semakan Status”
  6. Akhir sekali maklumat status anda akan dipaparkan

Bantuan Mykad

Nota: Hati-hati ketika memasukkan nombor mykad. Pastikan anda memasukkan nombor mykad ke laman web dan portal rasmi mykasih sahaja.

Jadual Bayaran Mykad RM100 2024

Penerima akan terima elaun bulanan sebanyak RM100 dan RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Jadual Bayaran RM100 mykad 2024 seperti berikut:

Bulan Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024 RM100 RM50
Februari 2024 RM100 RM50
Mac 2024 RM100 RM50
April 2024 RM100 RM50
Mei 2024 RM100 RM50
Jun 2024 RM100 RM50
Julai 2024 RM100 RM50
Ogos 2024 RM100 RM50
September 2024 RM100 RM50
Oktober 2024 RM100 RM50
November 2024 RM100 RM50
Disember 2024 RM100 RM50
Jumlah RM1200 RM600

Baca Juga:

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dari portal rasmi MyKasih. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel: info@mykasih.com