Cara Mohon Bantuan lesen percuma 2024

Program bantuan lesen percuma 2024 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.

Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

Syarat kelayakan mohon bantuan lesen percuma 2024:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Cara Mohon Bantuan Lesen Percuma 2024

Untuk mendaftar bantuan lesen percuma 2024, klik melalui pautan berikut: https://docs.google.com/…/1FAIpQLSek9MDK5…/viewform

bantuan lesen percuma 2024

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

bantuan lesen percuma 2024

Terma dan Syarat Penyertaan Program bantuan lesen percuma 2024 MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)

Cara mohon bantuan lesen percuma 2024 anda perlu mengikuti syarat berikut:

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  • Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

bantuan lesen percuma 2024

Soalan Lazim bantuan lesen percuma 2024 (FAQ)

Apakah Program MyLESEN?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai program MyLESEN?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLESEN?

Lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c)

Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLESEN?

Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih / JKM / JAKOA / Zakat / Baitulmal / LHDN / B40

Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu?

Tidak

Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLESEN?

Peserta / Calon:
– Warganegara Malaysia
– Berumur 16 tahun dan ke atas
– Penerima bantuan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN / B40)
– Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon
– Sihat tubuh badan dan mental
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Bebas senarai hitam (JPJ / PDRM / Mahkamah)

Institut Memandu
– Menyediakan kemudahan fasiliti kursus, latihan & ujian memandu bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan; dan
– Mempunyai pengajar yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) & kenderaan yang mempunyai Sijil Kenderaan Insititut Memandu (SKIM) mengikut kelas yang berkenaan bagi tujuan latihan & ujian memandu ke atas peserta.

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLESEN?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLESEN?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kurses, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Insititut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atatu dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.

Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat program yang ditetapkan melalui surat Aku Janji bagi memastikan komitmen

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLESEN B2 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan Peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLESEN?

Peserta gagal untuk menamatkan program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tiga (3) bulan.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung pelaksanaan program MyLESEN, apakah sumber yang boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan program MyLESEN boleh dikemukakan kepada JPJ negeri yang berdekatan

Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi program MyLESEN?

Permohonan dibuka bermula sehingga 35,000 kuota penyertaan dipenuhi

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai program MyLESEN?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pegesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLESEN?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori berikut sahaja yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:

– Pendengaran
– Pertuturan
– Pembelajaran

dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan lesen percuma 2024 boleh dikemukakan di emel : mylesenb2@jpj.gov.my

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Baca Juga: Ini Harga Lesen Memandu 2024

Table of Contents