Dalam perkongsian artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 3 Bacaan Selepas Solat rumi dan senang nak dihafal.
Bacaan Selepas Solat seperti di bawah ini adalah sebagai panduan berdoa untuk kita semua selepas solat. Semoga bermanafaat buat kita semua.
Bacaan Selepas Solat 1
Bacaan Selepas Solat Rumi
Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in,
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan,
Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah,
robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab,
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksud Bacaan Selepas Solat di Atas
“DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD YANG SEMULIA-MULIA PESURUH-NYA, SERTA KE ATAS KELUARGA DAN SEKALIAN SAHABAT-SAHABATNYA.
YA ALLAH! HIDUPKANLAH KAMI DENGAN IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DENGAN IMAN, SERTA MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA-SAMA IMAN. YA ALLAH! AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI DAN DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI.
KASIHANILAH KEDUA IBUBAPA KAMI SEPERTIMANA MEREKA BERDUA MENGASIHANI KAMI SEWAKTU KAMI MASIH KECIL. YA ALLAH! AKHIRILAH UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG BAIK DAN JANGANLAH ENGKAU AKHIRI UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG TIDAK BAIK.
YA ALLAH! JANGANLAH KIRANYA ENGKAU PESONGKAN IMAN KAMI SESUDAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI PETUNJUK. ANUGERAHILAH KAMI RAHMAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGURNIA.
WAHAI TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT. PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS SELURUH KELUARGA SERTA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM.“
Bacaan Selepas Solat 2
Bacaan Selepas Solat Rumi
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam,
wa islaamana islaamal muslimiin,
wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in,
wa a’maalana a’maalassolihin,
waniyyaa tana niyyatal mukhlisin,
wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin,
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’,
wamautana bimautissyuhada,
wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.
Maksud Bacaan Selepas Solat di Atas
“DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM ATAS SEMULIA-MULIA PARA NABI DAN RASUL, JUNJUNGAN KAMI MUHAMMAD DAN ATS KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA SELURUHNYA.
YA ALLAH, YA TUHAN KAMI! TERIMALAH SOLAT DAN DOA KAMI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI. BERILAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.
YA ALLAH, JADIKANLAH AGAMA KAMI AGAMA NABI MUHAMMAD. KEISLAMAN KAMI, ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA. KEIMANAN KAMI, IMAN YANG SEMPURNA. SOLAT KAMI, SOLAT YANG KHUSYUK. AMAL KAMI, AMAL YANG SOLEH. NIAT KAMI, NIAT YANG IKHLAS. JADIKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA-DOSA YANG TERAMPUN. JADIKANLAH HIDUP DAN KEHIDUPAN KAMI, HIDUP DAN KEHIDUPAN PARA ULAMA. MATI KAMI DENGAN MATI SYAHID.
YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA DENGAN PARA NABI. YA TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SEKSAAN NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCURAHKAN KESEJAHTERAAN KE ATAS SEBAIK-BAIK MAKHLUKNYA, JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD, KELUARGA DAN SAHABATNYA.
MAHA SUCI TUHAN YANG MAHA MULIA DARIPADA SEBARANG KEKURANGAN. SALAM SEJAHTERA KE ATAS PARA RASUL DAN SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.”
Bacaan Selepas Solat 3
Anda boleh membaca “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir “ sebanyak 10 kali.
Maksud doa:
Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.
Itulah 3 Bacaan Selepas Solat yang boleh kita hafal dan amalkan setiap kali kita selesai solat. Semoga Bermanfaat
Baca Juga