Ramai Yang Risau ‘Dah Enam Bulan Tak Update IG,Hingga Ramai Tertanya Tanya Mana Azar Azmi Menghilang

Ramai tertanya mana Azar Azmi menghilang

Lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon, Azar Azmi yang popular menerusi beberapa drama antaranya Mr. Boss Miss Stalker, Red Velvet, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.

Namun menerusi tinjauan di laman Instagram, pelakon berusia 33 tahun itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut kerana dilihat tidak mengemas kini akaun miliknya sejak enam bulan lalu.

Posting terakhir pada 6 Mei lalu sekali gus dipenuhi dengan komen netizen yang tertanya-tanya, kemana menghilangnya Azar dalam tempoh setengah tahun sehingga seolah-olah senyap begitu saja?

Posting terakhir di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ABOS (@azarazmi)

Malah situasi sama terjadi di beberapa akaun bisnes yang diusahakan, tiada sebarang kemas kini dilakukan selain Instagram kelab peminatnya juga dilihat tidak aktif.

Netizen rata-rata meluahkan kebimbangan berhubung ‘kehilangan’ bekas peserta Dewi Remaja 2009 itu di media sosial dan berharap dia berada dalam keadaan baik saja.

Mana awak? Lama menyepi

WhatsApp Image 2022 11 15 at 10.27.44 PM
Rindu! Moga dia terus kuat

WhatsApp Image 2022 11 15 at 10.27.46 PM 1
Terdahulu, menerusi laporan Utusan Online pada Jun lalu, terdapat kenalan industri mendakwa Azar dikhabarkan mengurungkan diri di rumah sehingga kelibatnya tidak kelihatan di mana-mana acara hiburan.

Untuk rekod, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi pernah bertunang dengan seorang penerbit filem pada 1 Disember 2019 namun hubungan mereka putus sekitar Februari 2020.

Diharapkan pengurus, ahli keluarga atau kenalan rapat dapat ‘update’ sedikit tentang perkembangan Azar kepada umum. Sekurang-kurangnya orang akan tahu situasi dihadapi oleh dirinya ketika ini.

Sumber Dan Rujukan

Instagram Azar Azmi , Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly) Via OMM

Leave a Comment