Ayam Goreng Sedap Tetap Garing Walaupun Takde Setitik Minyak, Boleh Jimat Minyak

Ayam Goreng Sedap Tetap Garing Walaupun Takde Setitik Minyak

Ada caranya untuk kita goreng ayam rasa sedap dan rangup, tak menggunakan walau setitik minyak pun namun tetap garing.Bukan apa dengan keadaan kenaikan harga barangan seperti minyak, seeloknya kita mengurangkan penggunaannya. Bukan sahaja jimat, malah lebih sihat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Tsu Feh Sufiah ini sebagai panduan;

Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING.Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.

Cer tengok nih!

zz 1

Yes. Misi berjaya.

Ayam goreng sedap dan rangup.Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.

Try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.

Bahan-Bahan tak payah masuk setitik minyak pun:

  • bawang putih (tumbuk lumat)
  • sedikit halia (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam

Caranya senang je:

  1. Basuh bersih ayam.
  2. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia, kunyit hidup, kunyit serbuk dan garam.
  3. Gaul sebati.
  4. Masukkan dalam bakul air fryer suhu 180 darjah, masa 15 minit.

z 1

*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

5. Siap.

Bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

Ada air fryer di rumah, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat dan sihat tak perlu gunakan minyak pun. Malah ayam goreng pun elok sedap, rangup dan tetap garing!

Akhir Kata

Zaman sekarang ni minyak pun payah nak cari, elok kita pakai air fryer ikut teknik ni, tak jadi rindu ayam goreng tauuu

Sumber Dan Rujukan

Leave a Comment