Skip to content

Mysumberonline Info

Sumber Online Info

Menu
  • Home
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Info kurier
  • Awam
  • Keluarga
  • Petua
  • Agama
Menu
apa maksud crush

Apa Maksud Crush? Perkataan Yang Kerap Kita Dengar

Posted on August 27, 2025

Pernah Tertanya-tanya apa maksud crush? Saya yakin setiap daripada kita pernah dengar perkataan crush, tapi Apa Maksud Crush yang sebenarnya?

Maksud crush yang kita bincang sini ialah merujuk kepada perasaan. bukan direct translation dari perkataan crush itu sendiri iaitu “hancur”.

apa maksud crush

Apa Maksud Crush Dalam Perasaan ?

Dalam maksud yang mudah difahami, maksud crush ialag seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia, yakni individu yang dimaksudkan cursh itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan tertarik kepadanya.

Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya

Crush itu lumrah dalam kehidupan remaja. Ada yang sekadar satu perasaan yang lahir secara tiba-tiba dan mungkin juga akan hilang begitu sahaja untuk tempoh masa tertentu. Namun, ada yang parah sehingga mengambil masa bertahun-tahun yang hanya terpendam di dalam hati.

Keberanian perlu ada untuk memberitahu atau berterus terang. Kalau tiada keberanian, tidak kisahlah apapun alasan, elok lupakan sahaja. Jangan bebankan perasaan dan minda kepada crush yang anda sendiri tidak berani untuk menyatakan kebenarannya.

Jika tiada keberanian untuk berterus-terang, bermakna ada tidak akan ada peluang. Kalau begitu, elok lupakan sahaja rasa sayang dan kasih itu.

Kalau ada crush, beranikan diri untuk berterus-terang. Tukarkan crush kepada kekasih yang nyata. Kalau sudah berterus-terang dan keinginan anda ditolak, maka terimalah kenyataan. Dia bukan untuk anda dan tidak perlu lagi dijadikan dia crush.

Untuk nak gunakan perkataan crush dengan betul; iaitu sebagai ‘suka’ – korang perlu guna ayat crush on you. Kiranya maksud crush on you ni dalam kata lain juga bermaksud sebagai:
  • interested in you
  • fall in love with you
  • love you
Cuma ingat! Pastikan kalau ada sesiapa yang luahkan yang dia crush pada korang; korang kenalpasti dan tanya lebih mendalam apa maksud crush yang dia maksudkan.
Jangan pulak macam kita nampak over excited bila tau yang dia crush pada kita, padahal dia mungkin sebenarnya crush yang hanya suka macam tu ja. Bukan suka yang lebih-lebih untuk bawa kepada perhubungan yang lebih serious.
Sebagai perempuan, pastikan kita tak kelihatan macam terhegeh-hegeh atau over excited bab crush ni. Selagi kita tak kenalpasti konteks ayat dengan betul, tak ada salahnya kalau tanya lebih lanjut maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang tu.
Haah jadi sekarang kamu dah paham kan Apa Maksud Crush….
Baca Juga:
  • Jana Pendapatan Lumayan 60K Semusim, Remaja Ini Berhenti Kerja Usahakan Tanaman Cili
Sumber: nadz

 

Kategori

  • Agama
  • Awam
  • Info kurier
  • Keluarga
  • KPM
  • Petua
©2026 Mysumberonline Info | Design: Newspaperly WordPress Theme