Pemilik Resort Di Terengganu Anjur Pesta liar Aloha,Pemilik dikompaun RM25,000,

Pemilik Resort Di Terengganu Anjur Pesta liar Aloha,Pemilik dikompaun RM25,000,, Pemilik resort di sebuah pulau peranginan yang menganjurkan Anjur Pesta liar Aloha’ akan dikenakan kompaun maksimum RM25,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kompaun akan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

Pesta liar Aloha sejak 10 tahun lalu

“Kita sudah memanggil dan mendengar penjelasan pemilik resort dan didapati mereka melanggar peraturan mengikut seksyen berkenaan.

“Melalui penjelasan diberikan juga, kita dapati pemilik resort itu sudah menganjurkan Pesta liar Aloha sejak 10 tahun lalu, namun penganjuran ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021,” katanya.

Razali (tengah) pada sidang media berkaitan isu penganjuran parti liar ‘Aloha’ di di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - NSTP/Ghazali Kori
Razali (tengah) pada sidang media berkaitan isu penganjuran Pesta liar Aloha di di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. – NSTP/Ghazali Kori

Terdahulu, Razali yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal mengadakan perjumpaan dan mendengar penjelasan daripada pemilik resort yang menganjurkan parti liar di Pulau Lang Tengah itu.

Selasa lalu, tular poster melalui media sosial mengenai penganjuran acara memaparkan sekumpulan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini di tepi pantai yang dikatakan berlaku di pulau terbabit pada 20 Mei lalu.

Selain poster, turut tersebar foto dan video yang didakwa dipetik dari parti yang turut diisi nyanyian serta tarian, sehingga menimbulkan kecaman dan kritikan netizen.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pemilik resort berkenaan didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Pengusaha resort diingatkan tidak mengambil kesempatan berikutan kehadiran terlalu ramai pelancong dengan menganjurkan aktiviti yang melanggar SOP.

“Kerajaan tidak mahu menjadikan negeri ini sebagai tempat kecelakaan maksiat dan tindakan lebih tegas akan dikenakan ke atas pengusaha resort yang didapati melanggar peraturan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming, berkata pihaknya akur dengan denda akan dikenakan.

“Kita meminta maaf dan akan lebih berwaspada serta berhati-hati untuk menganjurkan aktiviti pada masa akan datang,” katanya.

Baca Juga: (VIDEO) Baby Shima Cipta Lagu Parodi ‘Sarang Penyondol’

Sumber BH